Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : 1. amat perlu, sangat berharga (ber­guna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~; mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; berpentingan berpelantingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : sangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Berkelahi di ekor alahan.

Bermaksud :

Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
infection; Br. kadar jangkitan; Id. laju infeksi) Bilangan hos dalam rangkaian yang dijangkiti virus atau kod hasad bermula daripada titik masa permulaan jangkitan pertama hingga suatu tempoh tertentu. Pengiraan ini penting untuk mengukur kesan kerosakan daripada suatu virus atau kod hasad yang lain. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 46 6/6/11 4:01:40 PM 47 instrumen kewangan Islam istibdal teknikal atau teknologi rendah seperti menipu, menyamar, membuat helah atau merasuah yang dilakukan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 52 6/6/11 4:01:43 PM 53 untuk mendapatkan maklumat penting atau rahsia dalam sistem maklumat seperti kata laluan, konfigurasi sistem dan lokasi storan maklumat rahsia. kekunci penyulitan awam (Ig. public encryption key; Br. kekunci penyulitan awam; Id. kunci enkripsi umum

Kembali ke atas