Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1 manusia sbg dirinya sendiri; orang di luar tugas-tugasnya yg rasmi; orang perseorangan: Itu soal ~ku, engkau jangan campur. 2 sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain: Puasa bertujuan membentuk ~ yg tinggi. keperibadian perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peribadi (kata nama)
Bersinonim dengan perseorangan, persendirian, diri sendiri, kedirian, seseorang, batang tubuh, prebet, oknum;,
Kata Terbitan : keperibadian, berkeperibadian,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
data diubah suai ke suatu lokasi yang dikendalikan oleh pengguna hasad. Apabila pengguna sah melawati laman web tertentu yang telah diubah suai oleh pengguna hasad, pengguna berkenaan akan membekalkan maklumat peribadi seperti ID log masuk, kata laluan atau nombor kad kredit. Maklumat tersebut tidak dihantar ke lokasi yang sepatutnya, tetapi disalurkan ke sebuah komputer lain yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat tersebut tanpa disedari pengguna. Pengguna hasad kemudiannya akan mengutip maklumat terkumpul tersebut untuk kegunaan peribadi. Kaedah ini juga sering digunakan dalam serangan penipuan berasaskan e-mel dan juga laman web pengiklanan yang membawa pengunjung laman web ke laman yang tidak diingininya. aras keizinan (Ig. authorization

Kembali ke atas