Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, ber­tukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan­-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita; ~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk ber­perang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll); memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1 segala yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; alat: Saya tidak dpt membuat kerja itu dgn sempurna kerana kekurangan ~. 2 ki orang yg bekerja dgn orang lain, biasanya utk tujuan buruk; ejen: Baik dibunuh saja orang yg menjadi ~ musuh kita. ~ dapur alat-alat yg diperlukan utk kegunaan di dapur (spt pinggan, pisau, sudu). ~ perang alat-alat utk berperang. ~ rumah alat-alat yg diperlukan di rumah (spt kerusi, meja, almari); perabot. perkakasan 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,

Peribahasa

Hilang jasa beliung,
     timbul jasa rimbas.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengesahkan identiti atau menentusahkan kelayakan suatu stesen, penghantar atau individu. alat pentadbir keselamatan untuk menganalisis rangkaian (Ig. security administrator tool for analyzing networks akan berpanjangan dengan membekalkan maklumat penyelesaian terhadap masalah tersebut. Contoh penyelesaian masalah keselamatan adalah memperbaik konfigurasi perisian atau memasang fail tampal. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) 1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna

Kembali ke atas