Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.ta.an] | ڤرکاتاءن

Definisi : 1. bunyi atau gabungan bunyi dlm sesuatu bahasa yg disebutkan atau dituliskan dsb dgn menggunakan huruf-huruf utk menyampaikan sesuatu maksud, kata: ~ bahasa Melayu dapat dieja dgn berpandukan bunyinya; ~ ‘syair’ berasal drpd bahasa Arab; 2. kumpulan kata (yg diucapkan dsb), kata(-kata): pengemis itu menolak segala ~ dan dugaan orang yg bermuka cengkung itu; dgn ~ lain dgn kata(-kata) lain; 3. sl cerita, kisah, hal: jikalau dihikayatkan semuanya, jemulah orang mendengar dia, sebab itulah maka kami pendekkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ta.an] | ڤرکاتاءن

Definisi : 1 kumpulan kata; kata. 2 apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
11 4:01:26 PM 8 sekiranya terdapat ralat atau keadaan yang tidak mengizinkan. Contohnya, apabila sistem diserang virus, isyarat amaran akan terhasil. anagram (Ig. anagram; Br. anagram; Id. anagram) Perkataan atau ungkapan yang terdiri daripada jenis dan bilangan aksara yang sama dengan satu perkataan atau ungkapan lain, tetapi disusun dengan cara yang lain daripada ungkapan asal untuk membawa bunyi dan maksud yang lain. Anagram digunakan sebagai asas beberapa bentuk penyulitan yang menggunakan kaedah penyusunan

Kembali ke atas