Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.wai] | ڤياواي

Definisi : Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penen­tuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, tim­bangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~; memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan; terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~; piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa; pemiawaian perbuatan memiawaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.wai] | ڤياواي

Definisi : 1 pandai melakukan sesuatu; pintar: pasukan tentera yg ~. 2 diterima sbg yg rasmi dan sah (bkn sesuatu sukatan, mutu barang-barang dll); standard: waktu ~ waktu yg rasmi bagi sesuatu kawasan. 3 yg ditetapkan atau yg menjadi asas (bkn sesuatu sukatan, mutu dll) kerana sudah diuji. bungkal yg ~ a. anak timbangan yg betul. b. keputusan yg adil. piawaian yg berhubung dgn hal-hal piawai: Pusat ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
piawai (kata nama)
Bersinonim dengan standard, tolok, tara, model.,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
DES ganda tiga ialah penyongsangan kesemua proses ini. Sebagai alternatif, satu kekunci sahaja boleh digunakan untuk proses pertama dan ketiga dan satu kekunci lain digunakan untuk proses kedua. Lihat juga Piawai Penyulitan Data (DES). 2. Huruf Condong Huruf condong digunakan dalam hal-hal yang berikut: (a) Padanan istilah dalam bahasa asing pada entri. (b) Penanda singkatan seperti Ig. bagi bahasa Inggeris DSA); Br. algoritma tandatangan digital (DSA); Id. algoritma tandatangan digital (DSA)) Algoritma kriptografi tak simetri yang menghasilkan tanda- tangan digital dalam bentuk pasangan nombor perdana yang besar, yang digunakan dalam piawai tandatangan digital. Algoritma El Gamal dibangunkan oleh Taher El Gamal pada tahun 1985 menggunakan kerumitan pengiraan logaritma diskret yang merupakan salah satu contoh algoritma tandatangan digital. aliran data rentas sempadan

Kembali ke atas