Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca/] | ڤونچق

Definisi : 1. bahagian yg tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll): ~ Titiwangsa yg diliputi awan; bendera negara kita sudah berkibar di ~ tiang; 2. (Mat) titik sudut segi yg berhadapan dgn garis dasar, titik tempat perte­muan dua (atau lebih) garis, hujung sudut: sebuah sudut yg ~nya pd pusat O bulatan; ~ sudut titik tempat pertemuan dua garis atau lengan sudut; 3. ki paras dsb yg teratas, paras dsb yg tertinggi: apabila matahari sampai ke ~nya pasar itu sunyi senyap; semua orang ingin sampai ke ~ hidup; harga barang-barang membumbung tinggi dan dirasakan tidak lama lagi akan sampai di ~nya; ~ gigi Id bahagian gigi yg di sebelah atas; ~ kejayaan kejayaan yg tertinggi; ~ paru Id hujung paru­-paru; memuncak 1. menuju ke puncak, membum­bung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; memuncakkan menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk ~ krisis hendaklah diperlahankan; pemuncakan proses (perbuatan) yg menye­babkan sesuatu memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal; pemuncak 1. puncak; 2. Mn orang yg ter­tinggi pangkatnya; 3. johan, juara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca/] | ڤونچق

Definisi : 1 bahagian yg tertinggi pd sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yg tertinggi (harga, jawatan dll): Dlm masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puncak (kata nama)
Bersinonim dengan kemuncak, mercu, hujung, yang tertinggi, yang teratas, rabung;,
Kata Terbitan : memuncak,

Puisi
 

Nyiur gading puncak mahligai,
     Ketupat manis berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Sudah dapat baru berhenti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti kuang (= kuar) memekik di puncak gunung.

Bermaksud :

Orang yang sedang bercinta dengan kekasihnya, perempuan yang bercakap dengan suara yang kuat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
pengawal domain frekuensi mengarau percakapan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 30 6/6/11 4:01:35 PM 31 domain keselamatan dongel Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penggantian terhadap puncak amplitud suara. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan frekuensi yang betul. domain keselamatan (Ig. security domain; Br. domain keselamatan; Id. ranah sekuritas) Objek atau

Kembali ke atas