Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, men­corak­kan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, me­nyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun ber­getar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetak­kan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, me­nyim­pan dlm hati; 5. melakukan dgn men­catatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat mera­kam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg meng­gunakan pita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bekas drpd sesuatu yg dicapkan atau yg dituliskan (spt garis berwarna pd kain tenun, huruf yg dicetak dll). 2 sulam atau suji dgn warna yg lain. 3 alur bunyi pd piring hitam atau pd pita rakam. merakam 1 memberi bercap (spt garis berwarna pd kain dll); mengecap; menera. 2 memberi bersulam (bersuji) dgn warna lain; menyulam; menyuji. merakamkan 1 menggambarkan sesuatu pd kain dll; mengecapkan; menerakan. 2 memasukkan sesuatu (bunyi atau suara) pd piring hitam, pd pita rakam dll. rakaman apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. perakaman perbuatan (hal dsb) merakam atau merakamkan: ~ lagu itu akan dibuat esok. perakam alat utk merakam atau utk merakamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
berkaitan dengan struktur perkakasan dan cakera serta rekod but sistem, yang berkaitan dengan penunjuk kepada fail sistem pengendali. rekod but induk (Ig. master boot record; Br. rekod but induk; Id. rakam but master) Tempat khas dalam cakera keras yang menyimpan maklumat lokasi sistem pengendalian untuk dijalankan. Oleh sebab lokasi rangkaian kawalan capaian rekod but induk Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 108

Kembali ke atas