Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.tas] | رنتس

Definisi : lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.tas] | رنتس

Definisi : ; merentas 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentas
Kata Terbitan : merentasi,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dalam piawai tandatangan digital. Algoritma El Gamal dibangunkan oleh Taher El Gamal pada tahun 1985 menggunakan kerumitan pengiraan logaritma diskret yang merupakan salah satu contoh algoritma tandatangan digital. aliran data rentas sempadan (Ig. transborder data flow;Br.aliran data rentas sempadan; Id. aliran data lintas batas) Tindakan memindahkan atau menyalurkan maklumat yang berpunca daripada suatu negeri atau bidang kuasa yang merentasi sempadan negeri atau bidang kuasa berkenaan. Tindakan ini meliputi

Kembali ke atas