Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang me­ninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu di­bahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : ; ribu-ribu, reribu nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
menyebabkan pengubahsuaian data atau kelancaran aplikasi dalam sistem tersebut secara tidak sengaja atau dengan cara yang bercanggah dengan arahan pengguna. Internet (Ig. Internet) Rangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkain ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial

Kembali ke atas