Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.bo.taj] | سابوتج

Definisi : 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll semasa pertelingkahan politik; 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dsb, perbuatan khianat: syarikat itu terpaksa meng-hadapi pelbagai ~; mensabotaj menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dll, mengkhianati: kita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dgn memperkukuh bahasa Inggeris; pensabotaj orang (pihak) yg melakukan sabotaj, pengkhianat: akhirnya kegiatan ~ itu dapat dikesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabotaj (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan khianat, perbuatan belot;,
Kata Terbitan : mensabotaj,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Ig. computer abuse; Br. penyalahgunaan komputer; Id. penyalahgunaan komputer) Penyalahgunaan komputer dengan mengubah, mengganggu atau memusnahkan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat, sama ada untuk meraih keuntungan ataupun sabotaj. Lihat juga salah guna keistimewaan. saling curiga (Ig. mutual suspicion; Br. saling curiga; Id. saling curiga) Perihal hubungan antara dua atur cara yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain

Kembali ke atas