Kamus Teknologi Maklumat ct.indd atas aset komputer atau ICT yang boleh menyebabkan aset ini diubah suai, dinafikan khidmatnya atau maklumat rahsianya terbongkar kepada entiti yang tidak berkuat kuasa. Contohnya, nafi khidmat, pengubahsuaian yang tidak sah dan pembongkaran maklumat rahsia. ancaman luaran (Ig. external threat) Sebarang bentuk ancaman yang bukan berpunca daripada sumber atau sistem dalaman. Contohnya, serangan oleh penggodam ke atas pelayan web melalui Internet Ig. redirection; Br. penghalaan semula; Id. pengalihan) Kaedah yang digunakan dalam serangan pemintasan data, iaitu alamat penghantaran data diubah suai ke suatu lokasi yang dikendalikan oleh pengguna hasad. Apabila pengguna sah melawati laman web tertentu yang telah diubah suai oleh pengguna hasad, pengguna berkenaan akan membekalkan maklumat peribadi seperti ID log masuk, kata laluan atau nombor kad kredit. Maklumat tersebut tidak
|