Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.hut] | ساهوت

Definisi : balasan (kpd panggilan atau pertanya-an), jawab: “Apa, kak?” ~ perempuan itu; bersahut berjawab, berbalas: laungan itu tiada juga ~; bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut berbalasan, berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung hutan; menyahut 1. menjawab (panggilan, per-tanyaan, dll), membalas: ia tidak ~ ketika di-sapa oleh temannya; saya ~ salamnya; 2. mem-beri reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dsb): kita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yg akan datang; menyahuti menjawab akan, membalaskan: maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu; sahutan kata-kata utk menyahut, hasil per-buatan menyahut: ~nya kedengaran begitu lemah; penyahutan perbuatan menyahut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.hut] | ساهوت

Definisi : jawapan yg diberikan apabila di­ta­nyai atau dipanggil: “Saya, mak”, ~ Harun. bersahutan, bersahut-sahutan sen­tiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. menyahut 1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah. sahutan kata-kata utk menyahut; jawapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahut (kata kerja)
Bersinonim dengan balas, jawab, sambut;,
Kata Terbitan : bersahut, bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut, menyahut, menyahuti, penyahutan, sahutan,

Puisi
 

Kokok ayam sahut-menyahut,
     Kokok mari di malam hari;
Anak laut pulang ke laut,
     Tempat bermain setiap hari.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
buku kod elektronik; Id. buku kode elektronik) Mod yang menggunakan sifer blok untuk menyulitkan lebih daripada n-bit teks biasa. Mod ini hanya sesuai untuk operasi yang mudah seperti cabar-sahut dan beberapa tugas pengurusan kekunci. Buku Kuning (Ig. Yellow Book; Br. Buku Kuning; Id. Buku Kuning) Buku panduan terbitan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menerangkan cara untuk memperoleh tahap pencapaian atau menghidupkan kembali pengendalian komputer. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 20 6/6/11 4:01:32 PM 21 but but bon aset ijarah (AIB) bon boleh panggil C cabar-sahut (Ig. challenge-response; Br. cabar-tindak balas; Id. tantangan-respon) Mekanisma penyahihan pengguna yang tidak berdasarkan kata laluan tetapi berdasarkan rumusan. Setiap pengguna akan diberikan satu rumusan matematik unik yang

Kembali ke atas