Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat.sa.ngat] | ساڠت٢

Definisi : 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat.sa.ngat] | ساڠت٢

Definisi : 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat-sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Inggeris-Bahasa Melayu 149 Bibliografi 169 Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 7 6/6/11 4:01:21 PM ix KATA PENGANTAR Projek penyusunan kamus istilah adalah satu usaha yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan penyusunan kamus ini. Pada peringkat ikhtisas dan amalinya pula, kami sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada pakar bidang yang sanggup menabur bakti, berkongsi ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami ucapkan

Kembali ke atas