Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih: saya ~ mencuci tangan; ia ~ sakit; 2. sementara, dlm pada itu, dlm waktu itu, ketika itu: matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~ rembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. menengah, tidak besar (kaya, cantik, dll) dan tidak kecil (miskin, buruk, dll), berpatutan: sejak pagi tadi angin bertiup ~; pendapatannya ~ sahaja; 2. cukup, luma-yan, pada: baju ini ~ utk saya; 3. bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan: kepintaran-nya ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : = sedangkan 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : ketika masih melakukan sesuatu; masih dlm sesuatu keadaan: Isterinya ~ mengandung. Ketika dia tiba tadi, saya ~ membaca akhbar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1 tidak berlebih-lebihan keadaannya (spt tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil); menengah atau sederhana keadaannya: Pendapatannya ~ saja. Rumah saya ~ besarnya. 2 ber­patutan atau berpadanan; cukup; pa­dan: Baju ini ~ utk saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : , = sedangkan 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hari ini sedang panas panjang,
     kacang telah lupakan kulitnya.

Bermaksud :

Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
lebihan ini direka bentuk untuk menjalankan arahan pada masa atau keadaan sistem tertentu. Tindakan yang mungkin berlaku adalah arahan henti sepenuhnya pada perisian tersebut tanpa mengambil kira aktiviti lain yang sedang dijalankan oleh perisian. Contohnya, tetingkap amaran tanpa maklumat yang ditulis sebagai kod jerat sementara, mungkin akan terpapar pada setiap ralat yang dilakukan oleh sistem. komputer penyamaran (Ig. masquerading computer; Br antivirus dan sistem pengesanan pencerobohan menggunakan pendekatan yang utama. pengesanan pencerobohan (Ig. intrusion detection; Br. pengesanan pencerobohan; Id. deteksi pengacau) Kaedah mengenal pasti dan mengecam pencerobohan yang telah berlaku atau sedang dilakukan terhadap sistem komputer. Kaedah ini dilakukan berasaskan peraturan atau anomali. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 87 6/6/11 4:01:55 PM 88 penggantian poliabjad penggodam jahat penggodaman

Kembali ke atas