Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa per­sembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimat­kan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. menge­bumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (sela­matan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1 terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gang­guan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. 2 ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang apa-apa, tidak terjadi sesuatu yg tidak baik, atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu, banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. menyelamatkan mengusahakan su­paya selamat; menjauhkan bencana atau bahaya: Mereka lari lintang-pukang kerana hendak ~ diri. keselamatan keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. penyelamat orang yg menyelamatkan (seseorang atau sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat

Puisi
 

Kalau tumbuh lalang di Bucut,
     Tempat selamat bermain pedang;
Kalau sungguh janji tak lucut,
     Bagi alamat saya nak pegang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kalau pandai meniti buih,
     selamat badan sampai ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
asal usulnya: digit pengawal (Ig. guard digit; Br. digit pengawal; Id. digit kawal) penapisan keluar (Ig. egress filtering) Menandakan singkatan umum bagi sesuatu istilah pada sesuatu entri: protokol perpindahan hiperteks selamat (SHTTP) (Ig. secure hypertext transfer protocol (SHTTP); Br. protokol pemindahan hiperteks selamat (SHTTP); Id. protokol transfer hiperteks aman) D. Singkatan 1. Singkatan khusus yang digunakan dalam kamus ini: Ig. – Inggeris Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd

Kembali ke atas