Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Memburu rusa di tepi bukit,
     Rusa diburu sepanjang hari;
Malu bukan satu penyakit,
     Ubatnya tentu payah nak cari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     sekenyang-kenyang banteng.

Bermaksud :

Tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
benar. Autoriti perakuan menetapkan polisi dalam proses PKI dan membina perakuan dalam bentuk sijil digital untuk pengguna. Pihak ini juga menetapkan tarikh luput untuk sijil perakuan dan menguruskan kerja perakuan sepanjang tempoh hayat sijil tersebut. Autoriti perakuan juga bertanggungjawab menarik semula sijil yang luput tarikh, hilang atau keselamatannya dicurigai. autoriti perlindungan data (Ig. data protection authority; Br. autoriti perlindungan data; Id Br. Pegawai Keselamatan Rangkaian; Id. Pejabat Keamanan Jaringan) Pegawai yang dilantik secara rasmi untuk memastikan semua arahan, dasar, syarat dan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan rangkaian dikuatkuasakan sepanjang jangka hayat rangkaian tersebut. Pegawai Keselamatan Sistem (SSO) (Ig. System Security Officer (SSO); Br. Pegawai Keselamatan Sistem (SSO); Id. Pejabat Keamanan Sistem; Pejabat Sekuritas Sistem (SSO) Pegawai yang dilantik secara

Kembali ke atas