Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.um.pa.ma] | سأومڤام

Definisi : 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.um.pa.ma] | سأومڤام

Definisi : sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seumpama bunga di gaung batu,
     taruk kaca tangkainya embun.

Bermaksud :

Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
peranti penyambungan yang terlibat dalam proses penghalaan di antara komputer pengguna dan sasaran. jenayah komputer (Ig. computer crime; Br. jenayah komputer; Id. kejahatan komputer) Jenayah yang melibatkan penyalahgunaan komputer dan seumpama dengannya yang boleh didakwa di bawah akta jenayah komputer sesebuah negara. Jenayah ini meliputi cetak rompak perisian dan perkakasan, pengubahan dan pemusnahan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat

Kembali ke atas