[si.jil] | سيجيل
Definisi : 1. surat gulungan, daftar: disuruh suratkan pd suatu ~ segala nama yg mengikrarkan tauhidnya; 2. surat akuan (dr sekolah, pihak berkuasa, dll), surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll: S~ Rendah Pelajaran; pensijilan pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melambangkan kualiti kereta Proton sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna antarabangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[si.jil] | سيجيل
Definisi : surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll; surat akuan dr sekolah dll: ~ Pelajaran Malaysia. persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian ~. pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan berkualiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)