Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spék.trum] | سڤيکتروم

Definisi : (spéktrum) 1. paparan cahaya yg berwarna-warni (spt warna pelangi) yg terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca prisma; 2. julat atau lingkungan sesuatu per­kara tertentu: proses pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi dlm apa juga ~; perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas; ~ garis spektrum pemancaran atau pe­nyerapan yg terdiri drpd garis-garis (setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron); ~ jalur spektrum yg terdiri drpd satu siri jalur sinaran yg dipancarkan atau diserap; ~ jisim spektrum yg terhasil drpd spektrometer atau spektrograf; ~ pemanca­ran spektrum yg terhasil akibat pemancaran sinaran elektromagnet drpd sesuatu jisim; ~ penyerapan spektrum yg terhasil drpd penye­rapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spék.trum] | سڤيکتروم

Definisi : /spéktrum/ 1 cahaya ber­warna-warni spt warna pelangi yg terjadi apabila sesuatu sinar diuraikan oleh kaca prisma dll. 2 julat atau lingkungan ttg sesuatu perkara: Per­kembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spektrum


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
awam dan kekunci persendirian. Kekunci awam digunakan untuk penyulitan mesej dan kekunci persendirian untuk penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci awam. peperangan elektronik (Ig. electronic warfare) Kaedah peperangan moden yang menggunakan spektrum elektromagnet secara aktif atau pasif. Kaedah ini mempunyai tiga komponen utama, iaitu serangan elektronik, perlindungan elektronik dan sokongan elektronik serta mula mendapat perhatian dalam Operation Desert Storm ketika Perang Teluk simpanan pengguna lain dalam sistem komputer atau terus daripada rangkaian dengan tujuan menggunakannya tanpa pengetahuan pemilik data tersebut. sokongan peperangan elektronik (Ig. electronic warfare support) Kaedah peperangan elektronik yang menggunakan spektrum elektronik secara pasif bertujuan untuk mengumpul maklumat strategik pihak lawan. Kaedah ini juga berguna untuk memintas serangan yang telah dilancarkan oleh pihak lawan. Oleh sebab kaedah ini dilakukan secara pasif

Kembali ke atas