Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.ra] | سوارا

Definisi : 1. bunyi manusia (bercakap dll): ~ itu nyatalah ~ perempuan; 2. bunyi binatang: ia sangat hairan mendengar ~ burung itu; 3. bunyi alat perkakas (radio dll); 4. apa yg dikatakan (diucapkan), perkataan, ucapan: ~ menentang Presiden Filipina makin lama makin lantang kedengaran; membuka ~ memberi pendapat; 5. bunyi yg dikeluarkan oleh manusia dlm sesuatu bahasa, bunyi bahasa; 6. sesuatu yg menjadi jurucakap atau lidah rasmi (utk melahirkan perasaan, pen­dapat, dll): akhbar itu mewakili ~ kerajaan; 7. pernyataan bersetuju atau tidak (dlm mesyuarat, perundingan, pemilihan, dll): cadangannya itu telah mendapat sokongan sebulat ~; ~ bulat persetujuan drpd semua pihak; ~ hati perasaan hati (utk membezakan antara baik dgn buruk); ~ latar ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dsb oleh penutur yg tidak dapat dilihat; ~ pemutus kuasa utk membuat sesuatu keputusan (dlm pembicaraan dll); ~ ramai pendapat orang ramai; ~ sumbang pendapat yg bertentangan dgn pendapat umum; kalah ~ kalah undi; memberikan ~ menyatakan setuju atau tidak, turut mem­buang undi; mendapat ~ dipilih dlm peng­undian; bersuara mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap: tiada seorang pun yg ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja; menyuarakan 1. mengatakan, mengucap­kan: ahli-ahli politik hendaknya janganlah ~ soal-soal perkauman dlm perjumpaan­perjumpaan umum; 2. menyanyikan (lagu); penyuaraan perihal mengeluarkan suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.ra] | سوارا

Definisi : 1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring. 2 bunyi yg dikeluarkan oleh binatang atau oleh alat perkakas (spt radio, televisyen): Kedengaran ~ murai berkicau. 3 keinginan (pendapat, pernyataan bersetuju atau tidak) yg dikemukakan dlm mesyuarat dll: Dlm mesyuarat itu, ~ saya tidak dipedulikan sama sekali. Dia telah menang dgn mendapat ~ terbanyak. ~ latar a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. bersuara mengeluarkan suara; bercakap. menyuarakan mengatakan atau mengucapkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai perian pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
bom masa bom mel buka-baca-tulis-tutup dan pemadanan satu atau lebih ciri fizikal pengguna yang sukar dipalsukan. Contoh kaedah biometrik ialah pengimbasan retina, pengecaman cap jari dan pengecaman suara. Bluetooth (Ig. Bluetooth; Br. Bluetooth Id. Bluetooth) Teknologi gelombang radio, biasanya bagi peranti berkuasa rendah yang digunakan dalam rangkaian tanpa wayar dalam lingkungan kecil. Teknologi ini digunakan bagi menggantikan kabel jarak jauh secara selamat. SSH menggunakan port TCP 22 untuk membenarkan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 21 6/6/11 4:01:32 PM 22 cangkerang soket selamat (SSS) cap suara capaian baca capaian tulis capaian setara dengan aplikasi Telnet, Rlogin, atau Rsh. SSH juga memberi keupayaan pengesahan pengguna dan saluran tersulit kepada komponen penterjemah arahan pada sistem pengoperasian hos. SSH

Kembali ke atas