Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada editor dari Bahagian Peristilahan dan Leksikologi yang sentiasa cekap dan berdedikasi, membantu menguruskan penerbitan kamus ini sehingga selesai. Akhir kata, walaupun kamus ini sudah sampai ke tangan pengguna tetapi ilmu akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, mungkin sahaja terdapat kelemahan dan kekurangan dalam beberapa aspek ketepatan dan kesempurnaan pemilihan istilah Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 16 6/6/11 4:01:24 PM xvii Br. – Brunei Darussalam Id. – Indonesia 2. Singkatan/simbol yang sudah lazim digunakan dalam sesuatu bidang ilmu dikekalkan. Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 17 6/6/11 4:01:24 PM Kamus Teknologi Maklumat

Kembali ke atas