Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lah] | تله

Definisi : kata bantu yg menyatakan sesuatu perbuatan sudah berlaku atau sudah berlangsung: Apabila mereka sampai di situ, pertandingan itu ~ tamat. setelah sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.lah] | تله

Definisi : ; menelah menyatakan apa-apa yg akan berlaku; meramalkan: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg akan terjadi kpd dirinya. telahan sesuatu yg ditelah; dugaan: ~nya meleset belaka. penelah orang yg menelah; tukang ramal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Puisi
 

Belah mana pasang pelita,
     Tarik sumbu di balik bukit;
Telah mana orang bermain mata,
     Tarik senyum kening terangkit.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Telah meraba-raba tepi kain.

Bermaksud :

Orang yang sedang sakit payah.

 

Lihat selanjutnya...(151)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan izin-Nya juga Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer (MABBIM) ini dapat diselesaikan penerbitannya. Penghasilan kamus ini adalah sejajar dengan usaha memantapkan istilah- istilah yang telah dibentuk melalui jawatankuasa-jawatankuasa penggubalan istilah. Penyusunan dan penerbitan kamus ini mungkin sahaja tidak terlaksana tanpa galakan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu. Sehubungan dengan itu, pada peringkat pentadbirannya ucapan setinggi-tinggi terima kasih diberikan kepada Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan penyusunan kamus ini. Pada peringkat ikhtisas dan amalinya pula, kami sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada pakar bidang yang sanggup menabur bakti, berkongsi

Kembali ke atas