Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : berteluk ark berlutut, bertelut; ® telut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat: ~ Parsi. (leher) ~ belanga potongan atau jenis leher baju yg bundar dan berbelah sedikit di bahagian depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teluk (kata nama)
Bersinonim dengan serokan, caruk, pesolot.,

Puisi
 

Teluk kecapi kecapang condong,
     Hanyut tempurung di kalut paku;
Sudah terlihat matahari condong,
     Ibarat burung terbanglah aku.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
spektrum elektromagnet secara aktif atau pasif. Kaedah ini mempunyai tiga komponen utama, iaitu serangan elektronik, perlindungan elektronik dan sokongan elektronik serta mula mendapat perhatian dalam Operation Desert Storm ketika Perang Teluk pada tahun 1990. perakuan (Ig. certificate; Br. perakuan; Id. sertifikat) Dokumen elektronik yang ditandatangani secara digital oleh pihak yang berwibawa. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang suatu entiti dan kekunci awam

Kembali ke atas