Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tib] | ترتيب

Definisi : 1. peraturan yg baik dan telah ditetap­kan, aturan (yg harus dipatuhi); tata~ peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; 2. mengikut peraturan, teratur dan rapi: segala sesuatu berjalan dgn ~; 3. dgn sopan santun, dgn majlis, dgn sepatutnya: sangat ~nya barang kelakuannya; ~ acara a) peraturan mengenai segala sesuatu yg bertalian dgn perbincangan dlm mesyuarat dll; b) acara, agenda; ~ hukum Id aturan yg berkaitan dgn undang-undang; ~ nikah aturan dlm nikah; ~ sembahyang aturan dlm sem-bahyang; ~ sopan sopan santun; bertertib mengikut tertib, teratur, sopan: apabila sampai ke rumah Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun; menertibkan menjadikan tertib, mengatur, merapikan: kpd tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum; ketertiban 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; penertiban perihal menertibkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tib] | ترتيب

Definisi : 1 peraturan yg baik yg patut diturut. 2 mengikut peraturan atau susunan yg telah ditetapkan; teratur dgn rapinya: Segalanya telah berjalan dgn ~. Susun angka ini mengikut ~ nilainya. 3 dgn sopan santun; dgn majlis: Pemuda itu sangat ~ kelakuannya. ~ nikah peraturan dlm nikah. ~ sembahyang peraturan dlm sembahyang. bertertib 1 mengikut peraturan yg ditentukan; teratur. 2 sopan atau santun kelakuan­nya. menertibkan menjadikan tertib; merapikan. ketertiban 1 peraturan dlm masyarakat dll. 2 kelakuan yg baik; kesopanan. 3 keadaan atau hal tertib. penertiban perbuatan atau hal menertibkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tertib (adjektif)
Bersinonim dengan sopan, santun, sopan santun, beradab, beradat, bersusila, berdisiplin, bersistem, teratur;,
Kata Terbitan : bertertib, ketertiban,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sebelum masuk ke separa rotor kedua untuk disulitkan semula. Hasil teks sifer akan dicetak berdasarkan isyarat elektrik yang keluar pada titik output tertentu dalam separa rotor yang kedua. Lihat juga tertib rotor. serangan aktif (Ig. active attack; Br. serangan aktif; Id. serangan aktif) Percubaan memutuskan hubungan komunikasi dengan cara menghalang penghantaran mesej, mengubah mesej, menyimpan mesej dan menghantarkan kembali pada masa tersebut. Percubaan mencapai dengan cara lain akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi. teknik cat semburan tembok api tembok api paras rangkaian tertib rotor Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 134 6/6/11 4:02:14 PM 135 tembok api paras rangkaian (Ig. network level firewall;Br.tembok api peringkat rangkaian; Id. tembok

Kembali ke atas