Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : = akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nyata­kan hal yg berlawanan atau bertentangan: Budak itu pandai ~ malas. 2 namun: Sungguhpun dia tua ~ masih kuat bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(297)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
diucapkan kepada editor dari Bahagian Peristilahan dan Leksikologi yang sentiasa cekap dan berdedikasi, membantu menguruskan penerbitan kamus ini sehingga selesai. Akhir kata, walaupun kamus ini sudah sampai ke tangan pengguna tetapi ilmu akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, mungkin sahaja terdapat kelemahan dan kekurangan dalam beberapa aspek ketepatan dan kesempurnaan pemilihan istilah, mahupun kecermatan penyusunannya. Kamus Teknologi Jika terdapat istilah yang bersinonim, takrifnya diberikan pada istilah yang dianjurkan penggunaannya. Istilah yang tidak dianjurkan itu diletakkan pada akhir takrif tersebut. Istilah itu akan dimuatkan juga sebagai entri tersendiri tetapi dirujuksilangkan kepada istilah yang dianjurkan: pintu belakang (Ig. back door; Br. pintu belakang; Id. pintu belakang) Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 13 6/6/11 4:01:23 PM xiv

Kembali ke atas