Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.da/] | تيدق

Definisi : tiada; bukan: Dia ~ datang bekerja hari ini kerana hari Ahad. Pejabatnya ~ jauh dr sini. ~ apa tidak menjadi hal; tidak mengapa. ~ boleh (dpt) ~ sudah tentu; mesti; pasti. ~ khabarkan diri tidak sedar (spt orang yg sedang tidur atau pengsan). ~ lain dan ~ bukan tidak lain drpd; hanya. tidak-tidak tidak dpt diterima akal; bukan-bukan atau karut; mustahil. menidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. ketidak…an perihal atau keadaan tidak...: Ketidakbakuan keadaan tidak baku; ketidakpuasan keadaan tidak puas; ketidakseimbangan keadaan tidak seimbang; ketidaksudian keadaan tidak sudi. penidakan perbuatan atau hal menidakkan. setidak-tidaknya 1 paling sedikit atau paling kurang; sekurang-kurangnya. 2 bagaimanapun keadaannya atau halnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(750)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(839)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Kembali ke atas