Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tindakan yg diakibatkan oleh suatu tindakan lain; ~ berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berlawanan; ~ fotokimia (Kim) tindak balas yg disebabkan oleh cahaya; ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penye­rap­an tenaga); ~ kondensasi (Kim) tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar (dgn menyingkirkan molekul kecil spt air dll); ~ nuklear (Fiz) tindak balas yg melibatkan perubahan dlm nukleus sesuatu atom; ~ penambahan (Kim) tindak balas yg melibatkan penambahan molekul pd ikatan berganda tanpa penyingkiran sebarang molekul kecil; ~ penggantian = ~ penyesaran (Kim) tindak balas yg melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau radikal lain; ~ rantaian (Kim) sj tindak balas kimia yg berlangsung mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, dgn setiap langkah menjana bahan reaktif yg menyebabkan langkah seterusnya berlaku; ~ redoks (Kim) tindak balas penurunan dan pengoksidaan yg berlaku serentak dlm sesuatu tindak balas kimia; ~ tak berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlangsung mengikut satu arah; bertindak balas berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk meng-hasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; menindakbalaskan melakukan tindak balas, menjadikan bertindak balas: ~ asid hidroklorik dgn kalsium karbonat; penindakbalasan proses menindak­balas­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg berlaku sbg akibat drpd sesuatu perbuatan atau tindakan lain; reaksi. ~ berbalik ist tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berbeza. ~ fotokimia ist tindak balas yg disebabkan oleh cahaya. ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru. ~ kondensasi ist tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar dgn menyingkirkan molekul kecil (spt air). bertindak balas berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
terdapat kelemahan dan kekurangan dalam beberapa aspek ketepatan dan kesempurnaan pemilihan istilah, mahupun kecermatan penyusunannya. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 11 6/6/11 4:01:22 PM xii Maklum balas daripada pelbagai pihak sangat dialu-alukan agar kelemahan dan kekurangan ini dapat diatasi demi untuk mempertingkatkan dan memartabatkan ilmu. Hajah Ratna Inzah Datuk Haji Mohamad Asri Ketua Bahagian Peristilahan dan 6/6/11 4:01:25 PM 4 ahli godam (Ig. hacktivist; Br. aktiviti perentasan; Id. aktivis peretas) Individu yang menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang suatu sistem komputer sasaran sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan semasa, seperti keadaan politik atau persaingan perniagaan. Tujuannya untuk menarik perhatian masyarakat dan media massa terhadap pandanganya berkenaan keadaan atau kejadian tersebut. aktiviti penggodam (Ig. hacktivism

Kembali ke atas