Definisi : ; menurun 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; menurunkan, memperturunkan 1. menulis kembali, menyalin (drpd sesuatu yg lain): di bawah ini kita turunkan lima rangkap permulaan drpd Syair Perahu; ayat yg diperturunkan di bawah ini mengandungi beberapa kekurangan tentang jalan bahasa-nya; 2. membuat karangan dll dgn memadan-kannya dgn yg lain, mencontohi (karangan dll) yg lain: Hikayat Ken Tambuhan naskhah ini telah diperturunkan drpd Syair Ken Tam-buhan; 3. menulis (dgn lengkap), mencatat-kan: di bawah ini diturunkan dgn ringkas cara-cara yg digunakan oleh penyair Melayu utk mendapatkan rima; 4. membubuh (tanda-tangan, cap, dll) pd sesuatu: pengantin lelaki itu ~ tandatangannya ke dlm Buku Daftar Perkahwinan kerajaan; turunan sesuatu yg diturunkan (surat dll), salinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; menurun 1 meniru tulisan dll dr yg lain. 2 mencontoh perbuatan orang lain. menurunkan 1 menulis sesuatu kembali; menyalin dr sesuatu yg lain. 2 membuat karangan dll dgn mencontoh sesuatu yg lain: Hikayat Ken Tambuhan telah diturunkan dr Syair Ken Tambuhan. 3 membubuh (tandatangan dll) pd sesuatu: Ratu Elizabeth telah ~ tandatangannya pd buku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)