Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengubah suai membuat per-ubahan dsb pd sesuatu supaya menjadi sesuai dgn sesuatu keadaan (keperluan, kegunaan, dsb): ~ bangunan lama; ~ sistem dan kaedah lama supaya dapat memenuhi keperluan keadaan sekarang; ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai, hasil drpd mengubah suai; pengubahsuaian perihal (perbuatan, kerja, proses, dsb) mengubah suai: biasanya beberapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya per-soalan baru dlm menangani kata masukan tertentu, yg tidak terduga atau tertelah pd peringkat awal penentuan sistem; penyusunan semula dan ~ istilah-istilah yg telah digubal dan dicipta pd tahap awal perkembangan bahasa;pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai sesuatu: ~ yg biasa dicampurkan utk memelihara kekerasan permukaan tuangan ialah fluorida dan siliko-fluorida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengubah suai menjadikan sesuatu berubah dan sesuai dgn kehendak (keperluan dsb): ~ sistem penanaman padi. terubah suai (sudah) berubah sesuai dgn keperluan dsb. ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai; hasil drpd mengubah suai. pengubahsuaian perbuatan atau hal mengubah suai. pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
untuk mengecam virus dan perisian pengesan pencerobohan (IDS) menggunakan analisis tandatangan untuk mengesan pencerobohan oleh pengguna hasad. ancaman aktif (Ig. active threat) Ancaman yang dilakukan oleh pengguna hasad dengan mengubah suai, menafi khidmat atau mendedahkan data rahsia. ancaman keselamatan (Ig. security threat) Ancaman ke atas aset komputer atau ICT yang boleh menyebabkan aset ini diubah suai, dinafikan khidmatnya atau maklumat rahsianya terbongkar kepada entiti yang tidak berkuat kuasa. Contohnya, nafi khidmat, pengubahsuaian yang tidak sah dan pembongkaran maklumat rahsia. ancaman luaran (Ig. external threat) Sebarang bentuk

Kembali ke atas