| data science engineer | jurutera sains data | STEM | Tiada | Individu yang membangunkan, menguji dan menyelenggara model, algoritma dan sistem untuk menganalisis dan mentafsirkan data. |
| big data | data raya | STEM | Tiada | Set data yang terlalu besar dan kompleks serta perlu dianalisis untuk menggambarkan corak, pola dan perkaitan antara data. |
| data scientist | ahli sains data | STEM | Tiada | Individu yang menganalisis dan mengaplikasikan data. |
| biobank | biobank | STEM | Tiada | Tempat menyimpan sampel biologi (sel, tisu atau organ) daripada manusia, haiwan atau tumbuhan dan data yang berkaitan dengan sampel tersebut bagi tujuan penyelidikan. |
| deep learning | pembelajaran mendalam | STEM | Tiada | Salah satu kaedah pembelajaran mesin yang memungkinkan komputer untuk mempelajari tugas-tugas yang disesuaikan dengan sifat manusia. |
| biochar | bioarang | STEM | Tiada | Arang yang dihasilkan melalui penguraian bahan organik pada suhu yang tinggi dalam atmosfera lengai, kebiasaannya tanpa oksigen. Bioarang biasanya sangat ringan, berwarna hitam dan mempunyai kandungan karbon yang tinggi dan digunakan untuk memperbaiki kualiti tanah dalam pertanian. |
| de-extinction | nyahpupus | STEM | Tiada | Proses menjana semula spesies flora atau fauna yang telah pupus melalui pelbagai teknik saintifik seperti pengklonan atau kejuruteraan genetik untuk memperkenalkan semula spesies tersebut ke habitat semula jadi. |
| biodegradable packaging | pembungkus biodegradasi | STEM | Tiada | Bahan yang digunakan untuk membungkus sesuatu dan boleh terurai secara semula jadi. |
| digital agriculture | pertanian digital | STEM | Tiada | Teknik yang menggabungkan pelbagai teknologi digital termasuk internet benda, data analitik dan perisian pengurusan ladang dalam sistem pertanian untuk mengoptimumkan proses membuat keputusan, meningkatkan produktiviti dan membolehkan pertanian jitu. |
| biodiversity hotspot | tapak biodiversiti | STEM | Tiada | Kawasan tumpuan yang mempunyai jumlah kepelbagaian spesies yang tinggi, termasuk spesies terancam dan spesies endemik yang hanya boleh ditemui di kawasan tertentu. |