| cyber wellness | kesejahteraan siber | STEM | Tiada | Amalan menggunakan teknologi siber secara selamat dan beretika termasuk mengelakkan risiko dan bahaya dalam talian untuk meningkatkan keharmonian dan dalam perhubungan sosial. |
| astrophysics | astrofizik | STEM | Tiada | Bidang astronomi yang mengkaji tentang struktur kimia dan fizikal pada objek yang ter�dapat di angkasa seperti bintang, planet, galaksi dan alam semesta. |
| dark data | data gelap | STEM | Tiada | Data yang diperoleh melalui pelbagai jaringan komputer, tetapi tidak dianalisis atau digunakan untuk membuat keputusan. Data ini mungkin bernilai, tetapi belum diterokai. |
| atmospheric science | sains atmosfera | STEM | Tiada | Cabang ilmu sains yang mengkaji atmosfera bumi seperti komposisi, sifat dan kedinamikannya. Sains atmosfera merangkumi subbidang meteorologi, klimatologi dan kimia atmosfera. |
| dark energy | tenaga gelap | STEM | Tiada | Tenaga hipotetikal yang menjadi punca kepada kepesatan pengembangan galaksi. |
| augmentation skill | kemahiran augmentasi | STEM | Tiada | Keupayaan individu untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran dan kebolehan sedia ada melalui pembelajaran dan perkembangan berterusan dengan bantuan teknologi atau alat. |
| data analyst | juruanalisis data | STEM | Tiada | Individu yang bertanggungjawab untuk menganalisis data. |
| augmented analytics | analitik terimbuh | STEM | Tiada | Analisis yang menggunakan kecerdasan buatan dan algoritma pembelajaran mesin untuk mengautomasi dan mempercepat penyediaan, penganalisisan dan pemahaman data. |
| data augmentation | pengimbuhan data | STEM | Tiada | Teknik yang digunakan untuk meningkatkan saiz set data dengan mengembangkan data sedia ada bagi mewujudkan set data baharu agar dapat menghasilkan analisis yang lebih tepat. |
| automation engineer | jurutera automasi | STEM | Tiada | Individu yang mereka bentuk dan membangunkan sistem autonomi menggunakan teknologi. |