| Edward syndrome | sindrom Edward | Biologi | Genetik | Sekumpulan kecacatan kongenital yang jelas pada manusia diakibatkan oleh lebih kromosom ke-18. sindrom trisomi 18, sindrom trisomi E1. |
| trisomy 18 syndrome | sindrom trisomi 18 | Biologi | Genetik | lih. sindrom Edward. |
| HM recorder 18 inches main | sesalur 18" perakam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| saros | saros | Matematik | Tiada | Kitar waktu selama 18 tahun 11 1/3 hari, atau 18 tahun 10 1/3 hari jika 5 tahun lompat bukan 4 termasuk dalam tempoh tersebut. Apabila pusat matahari dan bulan, dan nod orbit bulan kembali ke kedudukan relatif yang sama. |
| saros cycle | kitar saros | Matematik | Tiada | Kitar waktu selama 18 tahun 11 1/3 hari, atau 18 tahun 10 1/3 hari jika 5 tahun lompat bukan 4 termasuk dalam tempoh tersebut. Apabila pusat matahari dan bulan, dan nod orbit bulan kembali ke kedudukan relatif yang sama. |
| argon | argon | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan gas adi, iaitu kumpulan O atau VIIIA 9atau 18) jadual berkala, simbol Ar, nombor atom 18, berat atom 39.95, takat beku –189.3oC, takat didih =185.8oC, berbentuk gas monoatom, tidak berwarna, tidak berbau, tidak terbakar, bersifat lengai, dan mempunyai tiga isotop yang stabil, iaitu Ar-40, Ar-36 dan Ar-38. Kandungan argon dalam udara ialah 0.93% mengikut isi padu. Gas ini diperoleh secara penyulingan berperingkat udara cecair. Argon digunakan di dalam mentol lampu elektrik, tabung berpendarfluor, tiub pembilang geiger, laser dan dalam proses pengimpalan. |
| optical mark reader | pembaca tanda optik | Pendidikan | Tiada | Lihat mark sense scanner. |
| prime factor | faktor perdana | Matematik | Tiada | 1. Faktor yang merupakan nombor perdana. Misalnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18. 2. Faktor fungsi yang tidak dapat difaktorkan selanjutnya. Misalnya, (x-1) ialah faktor perdana bagi (x4-1), tetapi (x2-1) bukan faktor perdana bagi (x4-1). |
| radon | radon | Kimia | Tiada | Unsur radioaktif dalam kumpulan O atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, iaitu kumpulan gas adi, simbol Rn, nombor atom 86, berat atom 222.02, takat lebur ‒71°C, takat didih ‒61.8°C, berbentuk gas monoatom yang tidak berwarna, memancarkan sinar alfa, larut di dalam air, dan terdapat 18 isotop radioaktif dengan yang paling stabil, Rn-222, mempunyai setengah hayat 3.8 hari. Unsur ini diperoleh daripada hasil reputan radium-226. Radon digunakan dalam perubatan, radiografi, dan sebagai penyurih kebocoran dan pengukur kadar alir. |
| arietta | arietta | Muzik | Tiada | 1. Sebuah aria pendek, ringkas dan biasanya dikaryakan dalam bentuk biner. 2. Aria yang dikenali sebagai arietta dalam opera Perancis muncul pada awal abad ke-18. Manakala pada akhir abad ke-18, arietta ialah sebuah lagu opéra comique Perancis yang melibatkan teknik vokal virtuoso. |