| green building index | indeks bangunan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah penarafan metrik pada bangunan hijau untuk menggalakkan kemampanan dalam alam sekitar yang direka bentuk. Kaedah ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pihak berkepentingan seperti pemaju, arkitek, jurutera, perancang, kontraktor dan orang awam mengenai isu alam sekitar dan tanggungjawab terhadap generasi akan datang. |
| green building | bangunan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Struktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum. |
| green rating system | sistem penarafan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem yang dibangunkan untuk menilai kemampanan projek pada semua peringkat kitar hayat alam sekitar. Penilaian merangkumi fasa perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi. Contohnya, penarafan bintang hijau dan indeks bangunan hijau. |
| environmental conscious design (ECD) | reka bentuk peka alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses reka bentuk yang mengambil kira kesan terhadap alam sekitar dalam membuat keputusan. Contohnya, reka bentuk bangunan hijau. |
| valuation | penilaian | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses menentukan sumbangan setiap unit operasi atau proses ke atas jumlah pelepasan setiap bahan atau butiran yang dipilih. Contohnya, penilaian yang dilakukan terhadap tenaga boleh diperbaharui dan bangunan hijau. |
| solar power | kuasa suria | Kesenian | Seni Bina | Tenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan |
| energy utilization index | indeks penggunaan tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Ukuran jumlah tenaga yang digunakan dalam proses penyejukan atau pemanasan bangunan atau kemudahan dalam tempoh tertentu. |
| green belt | jalur hijau | Biologi | Ekologi | Kawasan tertentu yang tidak dibenarkan mendirikan bangunan atau rumah. Kawasan ini diwujudkan untuk memisahkan kawasan perindustrian daripada kawasan perumahan. Misalnya, Bukit Nanas dan Taman Tasik Perdana merupakan jalur hijau di Kuala Lumpur. |
| design for longevity | reka bentuk jangka hayat panjang | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Reka bentuk produk dari segi kualiti dan ketahanan serta mengutamakan kesederhanaan dan kebolehfungsian. Contohnya, reka bentuk bangunan warisan dunia. |
| green roof | bumbung hijau | STEM | Tiada | Struktur teduhan sesuatu bangunan yang dilapisi dengan tanaman untuk mengurangkan suhu permukaan bumbung dan udara persekitaran. |