| Prandtl number | nombor Prandtl | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah kemeresapan momentum terhadap kemeresapan haba yang diungkapkan sebagai dengan Pr = nombor Prandtl, k = pekali keberalihan haba (J/s m2 �C), Cp = kapasiti haba pada tekanan malar (J/kg �C), m = kelikatan dinamik (poise). Secara fizikal, nombor Prandtl ialah nisbah ketebalan lapisan sempadan hidrodinamik, dH dengan ketebalan lapisan sempadan terma dt. Pr < 1, dt > dt Pr = 1, dt = dt Pr > 1, dt < dt |
| modified Power number | nombor Power terubahsuai | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor yang menghubungkan kuasa yang diperlukan untuk mengaduk bendalir ke darjah tertentu. Nombor Power terubahsuai diungkapkan sebagai NL = Np Re3 S1, dengan NL = nombor Power terubahsuai, Np = nombor Power, Re = nombor Reynolds, S1 = faktor bentuk = Dt/Da, Dt = garis pusat tangki (m), Da = garis pusat pendesak (m). Seterusnya nombor Power terubahsuai ialah dengan P = kuasa (watt), r = ketumpatan (kg/m3), m = kelikatan dinamik (poise), Dt = garis pusat tangki (m), gc = 1 kg m/s3 N. |
| relative derivative | kebezaan relatif | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kebezaan ke atas fungsi � yang ditakrifkan sebagai D�/Dt = ��/�t + ux ��/�x + uy ��/�y + uz ��/�z, dengan D�/Dt = kebezaan relatif �, � = sebarang fungsi, t = masa, u = halaju, subskrip x, y, z = arah dalam paksi x, y, dan z, x, y, z = jarak dalam paksi x, y, dan z. Kebezaan ini ialah kadar pertukaran sesuatu sifat atau kuantiti yang malar jisimnya (seperti f) apabila ia bergerak serentak dengan sistem koordinat rujukan di dalam sesuatu ruang dan masa. Sinonim kebezaan bahan. |
| velocity | halaju | Mekanik | Gunaan | Kadar sesaran terhadap masa. jika perubahan kedudukan, atau sesaran, yang berlaku dalam masa infinitesimal dt ialah ds, maka halaju v diberikan oleh hubungan v = ds/dt diukur dalam unit m.s-1. (Perhatikan bahawa halaju ialah kuanti vektor. magnitud bagi halaju dinamai ‘kederasan’ atau ‘laju’). |
| elastic impact | hentaman anjal | Mekanik | Gunaan | Hentaman unggul yang berlaku tanpa melibatkan kehilangan tenaga. Dalam hentaman ini, dedenyut ubah bentuk SP dt sama nilainya dan berlawanan halanya dengan dedenyut pemulihan SR dt; nilai pekali pemulihan, e, yang berpadanan ialah 1. Dalam keadaan sebenar, hentaman anjal tidak mungkin berlaku kerana semua hentaman akan melibatkan kehilangan tenaga yang dijelmakan kepada bentuk yang lain. Lihat juga dedenyut ubah bentuk, dedenyut pemulihan, pekali pemulihan. Sinonim hentaman kenyal. |
| Newton�s law of cooling | hukum penyejukan Newton | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menyatakan bahawa pemindahan haba secara olakan dijelaskan sebagai q/A = h DT, dengan q/A = fluks haba, DT = perbezaan suhu, h = pekali pemindahan haba. |
| cylinder bursting pressure | tekanan peletusan silinder | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tekanan maksimum atau perbezaan tekanan di dalam dan di luar sejurus sebelum berlakunya peletusan silinder berdinding nipis yang boleh dianggarkan menurut ungkapan rB = 2 dT tM/Dm, dengan rB = tekanan peletusan, dT = kekuatan tegangan, Dm = garis pusat purata, tM = ketebalan dinding minimum. |
| coefficient of restitution | pekali pemulihan | Mekanik | Gunaan | Angka yang mewakili kesan bentuk jasad serta sifat bahan jasad terhadap kelakuan jasad tersebut apabila mengalami hentaman. Pekali ini merupakan nisbah bagi magnitud dedenyut òR dt yang bertindak pada masa pemulihan dengan dedenyut òP dt yang bertindak pada masa perubahbentukan. Simbol yang biasanya digunakan untuk pekali pemulihan ialah e. julat nilai e ialah 0 £ e £ 1. (Perhatikan bahawa pekali ini juga merupakan nisbah halaju nisbi pemisahan terhadap halaju nisbi pendekatan, masing-masing diukur pada arah daya hentaman). Nilai pekali pemulihan memberikan gambaran tentang ‘darjah keanjalan’ hentaman. Lihat juga hentaman anjal, hentaman plastik. |
| linear impulse | dedenyut linear | Mekanik | Gunaan | hasil darab daya dengan masa tindakan daya itu, Dedenyut linear kerap ditulis dalam bentuk kamiran SF dt, dengan daya F sebagai rangkap masa t dan bertindak dari masa t1 ke masa t2. Dedenyut linear ialah suatu kuantiti vektor dan kadangkala ditulis dengan menggunakan simbol L walaupun biasanya ditulis SF dt sahaja. Unit ukuran untuk dedenyut linear ialah newton-saat, N.s. |
| convolution integral | kamiran perlingkaran | Kejuruteraan | Tiada | dt. |