| passive FTP | FTP pasif | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah pemindahan fail yang lebih selamat berbanding FTP biasa. Dalam FTP pasif, penyambungan ke pelayan fail serta arah dan kawalan aliran data ditetapkan oleh pelanggan FTP dan bukannya pelayan FTP. Hal ini membenarkan pengguna mengawal aliran data bagi mengelakkan pemintasan data oleh pengguna hasad. |
| anonym FTP | FTP anonim | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Capaian yang diberikan kepada sesiapa sahaja untuk mencapai pelayan FTP suatu sistem komputer. Pengguna FTP tidak perlu membekalkan identiti sebenar semasa proses pengesahan pengguna. Pengguna hanya perlu menggunakan pengenalan pengguna anonim dan membekalkan alamat e-mel sebagai kata laluan. Biasanya capaian FTP antonim adalah lebih terhad digunakan untuk memuat turun fail sahaja. Lihat juga anonim. |
| FTP | FTP | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Singkatan untuk File Transfer Protocol. Lihat : File Transfer Protocol. 2. Proses pemindahan fail dalam suatu rangkaian. |
| anonymous FTP | FTP anonymous | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses yang membolehkan pengguna mendapatkan dokumen, fail, atur cara dan data-data lain yang telah dikumpul dari Internet tanpa memerlukan pengenalan pengguna dan kata laluan persendirian. Pengguna hanya perlu memasukkan pengenalan pengguna “anonymous”. |
| FTP site | tapak FTP | Teknologi Maklumat | Tiada | Lokasi pelayan FTP yang mengandungi koleksi fail dan atur cara. |
| FTP server | pelayan FTP | Teknologi Maklumat | Tiada | Pelayan fail yang menggunakan FTP untuk membenarkan pengguna memindahkan fail. |
| FTP command | perintah FTP | Teknologi Maklumat | Tiada | Perintah yang digunakan untuk memindah fail dalam FTP. |
| FTP client | klien FTP | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang membolehkan pengguna memindahkan fail dari atau kepada tapak FTP dalam rangkaian. |
| FTP Programme | Atur Cara FTP | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang melaksanakan Protokol Pindah Fail. |
| FTP (file transfer protocol) | FTP (protokol pindah fail) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawai yang digunakan untuk menghantar dan menerima fail melalui rangkaian. |