Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
halaju (kata nama)
Bersinonim dengan kecepatan gerakan, kadar kecepatan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
velocityhalajuMatematikTiadaKadar perubahan kedudukan (jarak dan arah) sesuatu benda terhadap masa, ataupun kadar perubahan jarak pada arah tertentu terhadap masa.
velocityhalajuKejuruteraanKejuruteraan MekanikKadar perubahan kedudukan jasad atau anjakan terhadap masa. Secara matematik, halaju boleh dikira dengan rumus . Oleh sebab halaju mempunyai magnitud dan arah, maka halaju ialah kuantiti vektor. Unit halaju yang lazim digunakan ialah meter sesaat atau kilometer sejam. Contohnya, halaju maksimum kenderaan di lebuh raya ialah 110 kilometer sejam.
angular velocityhalaju sudutMekanikGunaanKadar putaran jasad di sekitar sesuatu paksi, diukur terhadap masa. halaju ini mengukur kadar perubahan sudut kedudukan bagi sebarang garis lurus pada jasad. Simbol yang digunakan untuk halaju sudut ialah ω. Magnitud sudut diukur dengan unit radian sesaat (rad/s atau s-1 sahaja). Laju sudut ω dan laju linear υ dihubungkan oleh ungkapan ω = υ/p dengan p sebagai jejari kelengkungan laluan.
areal velocityhalaju luasMekanikGunaanKadar perubahan luas yang diterap oleh jejari r dalam gerakan daya berpusat sebarang zarah, dengan r sebagai vektor kedudukan zarah yang berkenaan diukur dari titik pusatan O [Rajah H1].
angular velocityhalaju sudutFizikMekanikKadar cepat perubahan sesaran sudut terhadap waktu yang secara matematik ditulis: d? w = � dt (w = halaju sudut, q = sesaran sudut, t = waktu)
generalized velocityhalaju teritlakKejuruteraanTiadaKadar masa perubahan koordinat teritlak dalam bidang mekanik zarah.
velocityhalajuMekanikGunaanKadar sesaran terhadap masa. jika perubahan kedudukan, atau sesaran, yang berlaku dalam masa infinitesimal dt ialah ds, maka halaju v diberikan oleh hubungan v = ds/dt diukur dalam unit m.s-1. (Perhatikan bahawa halaju ialah kuanti vektor. magnitud bagi halaju dinamai ‘kederasan’ atau ‘laju’).

Kembali ke atas