| equal-interval scale | skala sela sama | Psikologi | Psikologi Umum | Skala yang nilai sifarnya dipilih secara arbitrari tetapi selanya mesti sama. Contohnya, jangka suhu mempunyai skala sela yang sama. |
| terrestrial radiation | sinaran bumi | Sains | Hidrometeorologi | Sinaran yang dipancar oleh bumi dan atmosfera dalam jangka suhu hampiran 200-300 K. Sinaran ini terbatas dalam lingkungan kepanjangan gelombang 3 � 100 Oleh sebab bumi merupakan pemancar sempurna, sinaran dari permukaannya berubah hampir selaras mengikut hukum Stefan-Boltzmann, iaitu berkadar terus dengan kuasa empat suhu mutlak permukaan. |
| clinical assessment tools | alat penilaian klinikal | Kesihatan Awam | Tiada | Instrumen atau set ukuran yang direka untuk menilai keadaan klinikal pesakit atau meramalkan risiko atau prognosis sesuatu penyakit. contohnya alat tekanan darah dan jangka suhu. |
| annealing | penyahlindapan | Kejuruteraan | Polimer | 1 Pemanasan polimer pada jangka masa yang tertentu pada suhu di antara suhu hablur dengan suhu lebur bahan untuk menggalakkan penghabluran bahan. 2 Pemanasan polimer pada jangka masa yang tertentu pada suhu di antara suhu peralihan kaca dengan suhu lebur bahan untuk mengurangkan kesan tegasan dalaman bahan. |
| body temperature | suhu badan | Kejururawatan | Tiada | Suhu tetap dalam satu jangka masa tetap, diukur dengan termometer. |
| ultra-high-temperature milk (UHT) | susu suhu ultratinggi (UHT) | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Susu yang melalui proses pensterilan pada suhu 135°C dalam tempoh satu hingga dua saat untuk membunuh mikroorganisma dan sporanya. Susu suhu ultratinggi (UHT) mempunyai jangka hayat simpanan yang lebih lama dan boleh disimpan pada suhu bilik. |
| degree day | perkikisan | Hidrologi | Tiada | Perbezaan algebra di antara suhu min suatu hari tertentu dan suhu rujukan (biasanya 0oC), dinyatakan dalam darjah. Bagi suatu jangka masa tertentu (bulan, tahun), darjah hari adalah hasil tambah algebra darjah hari bagi hari yang berbeza-beza dalam jangka masa itu. (WMO) |
| heat treatment | rawatan haba | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh menggunakan suhu tinggi pada jangka masa tertentu, dengan menggunakan medium seperti stim atau minyak untuk mengubah komposisi kimia buluh. |
| thermograph | termograf | Kimia | Tiada | Termometer yang mengesan, mengukur dan merakam perubahan suhu atmosfera bagi jangka masa tertentu. Sin. termometer perakam. |
| normal | normal | Sains | Hidrometeorologi | Nilai purata untuk beberapa tahun bagi unsur meteorologi seperti tekanan, suhu, curahan hujan atau jangka waktu sinaran matahari. Nilai meteorologi normal tertakluk pada unsur �ketakpastian� disebabkan oleh perubahan cerapan tahun-ke-tahun; min ralat piawai yang dikira yang berkurangan dengan bertambah panjangnya tempoh yang diambil kira untuk perhitungan purata merupakan suatu pengukuran ketakpastian tersebut. Dalam pemilihan kepanjangan tempoh yang sesuai, suatu kompromi harus diambil, iaitu tempoh itu mestilah cukup panjang supaya ralat piawai min yang dikira menjadi kecil, tetapi tidak terlalu panjang sehingga terdapat risiko bahawa tempoh itu mengandungi kecenderungan sekular yang ketara (perubahan normal) pada cerapan. Pada masa lalu, 30 tahun dianggap suatu kompromi yang wajar dan biasa digunakan untuk mencari normal. |