Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jisim
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :jasad


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bulk densityketumpatan pukalKejuruteraanTiadaKetumpatan yang dikira berdasarkan jumlah jisim, m (kg) dibahagikan dengan jumlah isi padu, v (m3).
action variablepemboleh ubah tindakanFizikMekanik1 Pemboleh ubah yang menentukan nilai sesuatu tindakan atau tindak balas. sebagai contoh, dalam daya yang menyebabkan tindakan jisim m, boleh berubah sekiranya objek bergerak mendekati halaju cahaya. 2 Kamiran terhadap satu kitar daripada suatu sistem dinamik, q = koordinat, P = momentum konjugat. kamiran tindakan
Einstein formula for mass-energy equivalenceformula kesetaraan jisim-tenaga EinsteinFizikMekanikRumus yang menghubungkan kuantiti jisim, m, dan kuantiti tenaga, E, diberi oleh hubungan: E = mc2 (E = tenaga, c = halaju cahaya)
gravitational fieldmedan gravitiFizikMekanikMedan di dalam suatu kawasan dalam ruang, yang di dalamnya zarah ujian, jisim m, mengalami daya graviti, F. Secara kuantitatif, medan ini merupakan daya graviti per unit jisim ke atas zarah pada sesuatu titik tertentu.
massjisimKimiaTiadaKuantiti jirim di dalam jasad. Jisim, m, sesuatu jasad adalah malar, tidak kira sama ada jasad itu berada di bumi, di bulan, atau di palanet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Unit SI bagi jisim ialah kilogram.
potential energytenaga keupayaanFizikMekanikTenaga yang dipunyai suatu jasad atau sistem yang disebabkan kedudukannya dan sama nilainya dengan kerja yang dilakukan untuk mengubah sistem tersebut dari konfigurasi rujukan kepada konfigurasi baru. Sebagai contoh, suatu jisim, m, berada pada ketinggian, h, di atas suatu aras rujukan dalam medan graviti dengan pecutan jatuh bebas g, mempunyai tenaga keupayaan U = mgh.
kinetic energytenaga kinetikFizikMekanikTenaga yang dipunyai suatu jasad disebabkan gerakannya dan sama nilainya dengan kerja yang diperlukan untuk menghentikan gerakan jasad tersebut. Dalam gerakan translasi, sesuatu jasad jisim, m, dengan halaju, ? mempunyai tenaga kinetik T = � m?2, sementara bagi jasad yang mengalami gerakan putaran pula tenaga kinetiknya adalah T = � lw2, l, jumlah momen inersia jasad sekitar paksi putaran, dan w halaju sudut.
reduced massjisim terkurangFizikMekanikKuantiti jisim (u) yang digunakan dalam kajian gerakan relatif dua jasad berjisim m dan M di sekitar pusat jisim yang memenuhi kaitan mM/(M + m).
momentummomentumKejuruteraanKejuruteraan KimiaKuantiti yang ditakrifkan sebagai jisim darab halaju yang diungkapkan sebagai M = mu, dengan M = momentum, m = jisim, u = halaju.
mass spectrometerspektrometer jisimKimiaTiadaSpektrometer yang digunakan untuk menentukan jisim atom atau molekul dan bilangan relatif isotop yang berlainan. Dalam spektrometer jisim, sesuatu gas menghasilkan ion positif apabila dihentam oleh elektron yang bergerak dengan halaju yang sama melalui medan magnet; medan ini akan memesongkan ion positif tersebut. Pesongan bergantung pada nisbah jisim, m, terhadap cas, e (iaitu m/e). Ion dengan nisbah m/e yang lebih kecil akan lebih terpesong berbanding dengan nisbah m/e yang lebih besar. Misalnya, 63Cu2+ (m/e = 31.5) akan lebih terpesong berbanding dengan 63Cu+ (m/e = 63) atau 65Cu2+ (m/e = 32.5).
12345678910

Kembali ke atas