Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nursery talecerita kanak-kanakKesusasteraanTiadaCerita yang pendek, bersifat didaktik serta menghiburkan untuk kanak-kanak. Cerita ini biasanya menggunakan watak kanak-anak dan binatang yang diberikan sifat manusia. Cerita ini mengandungi unsur magis dan fantasi untuk menarik minat kanak-kanak. Cerita kanak-kanak mempunyai plot yang mudah dengan tema yang menyelitkan unsur moral yang jelas. Kebanyakan cerita kanak-kanak ialah cerita tradisional yang disampaikan secara lisan, tetapi ada juga cerita yang ditulis dan dibacakan. Contoh cerita kanak-kanak yang popular di Barat ialah Ginger Bread Man, Goldilocks and the Three Bears dan Jack and the Beanstalk. Dalam masyarakat Melayu, cerita yang popular ialah cerita Awang kenit dan Sang Kancil.
childanak; kanak-kanakKependudukanTiadaTiada
childanak; kanak-kanakPendidikanTiadaTiada
childanak; kanak-kanakPerubatanTiadaManusia pada peringkat di antara bayi dengan remaja.
childanak; kanak-kanakSosiologiTiadaTiada
childanak; kanak-kanakPentadbiranTiadaTiada
nursery rhymenyanyian anakKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khas untuk kanak-kanak. Nyanyian anak atau puisi kanak-kanak ini diciptakan lebih sederhana sama ada dari segi pemikiran mahupun struktur dan teknik pengungkapannya berbanding dengan nyanyian remaja dan dewasa . Di samping itu, perkara yang diungkapkan sering mengandungi unsur-unsur nasihat, hiburan, pengajaran dan sebagainya. Nyanyian anak ini boleh dinyanyikan sendiri oleh kanak-kanak itu dan juga dinyanyikan oleh ibu yang hendak menidurkan anaknya. Contohnya, seperti pantun di bawah. Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Dah pandai baca kitab.
parent child separationpemisahan anak daripada ibu bapaPergigianTiadaKaedah mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak bekerjasama semasa prosedur rawatan dijalankan. Biasanya ibu bapa berada di samping kanak-kanak semasa rawatan pergigian dijalankan. Kanak-kanak akan membuat ragam dengan kehadiran ibu bapa mereka dan mengganggu kelancaran prosedur rawatan. Dengan kaedah ini ibu bapa diminta menunggu di luar bilik rawatan.
eidetic imageryimejan eidetikPsikologiPsikologi UmumImejan yang berlaku apabila imej visual individu kelihatan begitu jelas sehingga boleh dikekalkan sekurang-kurangnya 30 saat. Imejan ini berbeza daripada imej ingatan dalaman yang dibayangkan dengan menutup mata. Imejan ini juga boleh dipancarkan kepada permukaan biasa seperti kertas kosong. Imejan tersebut seperti imej lepas yang dirasai selepas melihat tanda neon yang sangat cerah. Ingatan jenis eidetik biasanya berlaku kepada kanak-anak. Lapan daripada 100 kanak-kanak dikatakan akan mengalami imej eidetik.
castration complexkompleks kembirianKesusasteraanTiadaTeori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud tetapi dipertikaikan oleh ramai pengkritik. Menurut teori ini, kanak-kanak lelaki mempunyai nafsu seksual terhadap ibunya tetapi terpaksa dinyahkan keinginan songsang itu oleh bapanya dengan ugutan untuk mengembirikan anak lelakinya. Pengembirian boleh berlaku dengan pelbagai cara, biasanya secara simbolik dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berasakan diri mereka telah dikembirikan dan membesar dengan mempunyai perasaan iri hati terhadap lelaki kerana mempunyai zakar. Freud menamainya sebagai �konsep iri hati pada zakar�. Teori ini sukar diterima oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan pengkritik atas sebab-sebab keagamaan dan moral. Dalam sastera Yunani purba, watak Oedipus merupakan motif anak lelaki yang bernafsu seksual terhadap ibunya serta membunuh bapanya bagi mencapai matlamat nafsunya. Freud menggunakan senario Oedipal ini untuk menerangkan teori bagaimana kanak-kanak lelaki dan perempuan
12

Kembali ke atas