Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : abbrev MW. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MW


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colloidkoloidBiologiHistologi dan Sitologi1. Bahan yang berat molekulnya (MW) tinggi dan tidak mudah meresapi membran separa telap. 2. Bahan yang terdiri daripada dua bahagian atau fasa yang berhomogen dan saling bertaut antara satu dengan yang lain.
polydispersity indexindeks poliserakanKejuruteraanPolimerSing. PDI. Ukuran serakan berat molekul yang dijelaskan sebagai nisbah purata berat berat molekul (Mw) terhadap purata nombor berat molekul (Mn) iaitu MwIMn. Nilai ini merupakan lebar lengkok taburan berat molekul.
coefficient of viscositypekali kelikatanMekanikGunaanPekali perkadaran di antara tegasan ricih dengan kecerunan halaju bagi bendalir yang lapisannya mengalami gerakan linear dan selari. Simbol yang biasanya digunakan untuk pekali kelikatan ialah mw. Unit ukurannya ialah pascal-saat, Pa.s. (Pascal ialah nama bagi unit newton per meter kuasa dua, N.m-2). Kadangkala unit poise digunakan, dengan 1 poise = 10-1 Pa.s.
fin J-factorfaktor-J siripKejuruteraanKejuruteraan KimiaParameter tak bermatra bagi pemindahan haba sirip yang dikorelasikan sebagai (rujuk m/s 47) dengan Pr = nombor Prandtl, m = kelikatan, G = halaju jisim, CP = kapasiti haba pada tekanan malar, h0 = pekali pemindahan haba, mw = kelikatan pada keadaan dinding.
Siede-Tate correlation for turbulence flowkorelasi aliran gelora Siede-TateKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan paksaan untuk pengaliran bendalir di dalam tiub atau paip pada keadaan aliran gelora yang diungkapkan dalam nombor Stanton sebagai St = 0.023 Re-0.2 Pr-2/3 (m/mw)0.14, dengan St = nombor Stanton, Re = nombor Reynolds, Pr = nombor Prandtl, m = kelikatan, subskrip w = keadaan dinding. Korelasi ini sesuai pada keadaan: 1. Re > 104 2. 0.7 < Pr < 17000 3. L/D > 60 4. Suhu pukal bendalir yang tinggi.
Siede-Tate correlation for laminar flowkorelasi aliran lamina Siede-TateKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan paksaan untuk pengaliran bendalir di dalam paip atau tiub pada keadaan aliran lamina yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai Nu = 1.86 (Re . Pr . D/L)1/3 (m/mw)0.14, dengan Nu = nombor Nusselt, Re = nombor Reynolds, Pr = nombor Prandtl, D = garis pusat, L = panjang, m = kelikatan, subskrip w = keadaan dinding.
Cumming correlationkorelasi CummingKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba untuk penyejukan atau pemanasan cecair di dalam tangki yang berbentuk silinder dan dilengkapi dengan unit pemanas atau penyejuk yang berbentuk gelungan dan diadukkan oleh pengaduk jenis pendesak yang diungkapkan sebagai (rujuk m/s 170) dengan hc = pekali pemindahan haba cecair-gelungan, Dt = garis pusat tangki, k = keberaliran haba, Da� = garis pusat pendesak, n = kadar putaran pendesak, Pr = nombor Prandtl, m = kelikatan, mw = kelikatan cecair pada permukaan dinding.
Uhl correlationkorelasi UhlKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba untuk pemanasan atau penyejukan cecair di dalam tangki berbentuk silinder oleh alat pemanas atau penyejuk jenis jaket dan diadukkan oleh pengaduk jenis turbin yang diungkapkan sebagai dengan hj = pekali pemindahan haba jaket, Dt = garis pusat tangki, k = keberaliran haba, Pr = nombor Prandtl, m = kelikatan, mw = kelikatan pada permukaan dinding, Da + garis pusat turbin, r = ketumpatan.
radiation balanceimbangan sinaranSainsHidrometeorologiFluks hasilan daripada sinaran suria dan bumi yang melalui permukaan mendatar. Hasilan ini dianggap positif jika fluks ke bawah melebihi yang ke atas. Imbangan sinaran juga diistilahkan sebagai sinaran bersih. Secara umum, imbangan sinaran di permukaan bumi adalah positif pada waktu siang dan negatif pada waktu malam. Purata imbangan permukaan tahunan di merata tempat adalah positif. Imbangan sinaran paling besar di kawasan latitud rendah dan, di latitud tertentu, ia lebih besar di lautan daripada di daratan. Imbangan positif untuk permukaan bumi telah dianggarkan berpurata lebih kurang 3 x 109 J/m2 per tahun (0.951 mW/cm2). Secara menyeluruh, keseimbangan sinaran untuk sistem bumi dan atmosfera dicapai dengan adanya imbangan negatif yang sama besarnya di atmosfera.

Kembali ke atas