| score (fish) | kelar;; toreh (ikan) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kelar: Bekas atau tanda hirisan yang tidak dalam pada badan ikan.,2. Toreh: Menggores dengan agak dalam pada badan ikan atau membelah supaya terbuka. |
| kemence | kemence | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Badannya kecil berbentuk bulat dan lehernya yang panjang tanpa fret dipasang pada badan alat muzik tersebut. Sebatang paku kayu yang panjang dimasukkan pada badan kemence untuk memasang kaki dan lehernya. Oleh sebab itu, alat muzik ini dipanggil spiked fiddle. Kemence yang mempunyai dua hingga empat utas tali dimainkan dengan meletakkannya pada bahagian hadapan kaki pemain. Alat muzik yang berasal dari Parsi ini dimainkan dalam muzik klasik di Timur Tengah. Kemence dikenali juga sebagai kemenche/kemenje, kemanchay. Lihat juga rebab. |
| pseudopodium | pseudopodium | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pemanjangan pada badan amoeba atau sel berbentuk amoeba yang sementara dan sentiasa berubah. |
| furca | furka | Biologi | Entomologi | Struktur bak garpu pada badan serangga, misalnya furka ekor dan furka labelum. |
| massage | urut | Gerontologi | Tiada | Manipulasi bahagian-bahagian tertentu pada badan untuk merangsang peredaran darah. |
| drag chain | rantai seret | Kejuruteraan | Tiada | Rantai yang diikat pada badan kapal untuk memperlahan dan memandu arah kapal ketika pelancaran. |
| chaetotaxy | ketotaksi | Biologi | Entomologi | Pola atau susunan bulu kejur pada badan serangga yang digunakan dalam pencaman dan pengelasan serangga, atau digunakan untuk membezakan spesies-spesies yang serupa. |
| binding strake | jejalur mengikat | Pelayaran | Tiada | Papan jejalur yang terkuat pada badan kapal. |
| shingles | kayap | Perubatan | Tiada | Pengeruptan vesikul herpes, akut dan terinflamasi pada badan dan sepanjang saraf periferi. Sinonim: Herpes zoster. |
| massage | masaj/urut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Manipulasi bahagian-bahagian tertentu pada badan untuk merangsang peredaran darah. |