| eter | eter | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan –O- di dalam molekulnya dan mempunyai formula am R-OR’ (R = R’ atau R ≠ R’ dengan R sebagai kumpulan alkil atau aril). Eter berbentuk cecair atau pepejal, kecuali dimetil eter, CH3OCH3, yang berbentuk gas. Kumpulan sebatian ini merupakan sebatian yang mudah terbakar dan mudah terbakar dan mudah meruap. Eter diperoleh daripada alkohol dengan menyingkirkan air melalui penggunaan asid sulfurik pada suhu 140oC, atau secara penghidratan alkena dengan menggunakan mangkin. Eter digunakan untuk membuat polimer, etilena oksida, dietilena glikol dan polieter. Misalnya, dietil eter, C2H5OC2H5 dan metil etil eter, CH3OC2H5. |
| disulphide | disulfida | Kimia | Tiada | 1. Sebarang sebatian yang mengandungi dua atom sulfur yang terikat pada radikal atau unsur. Misalnya, karbon disulfida, CS2. 2. Salah satu kumpulan sebatian organosulfur, RSSR’, yang mungkin bersimetri, iaitu R = R’ atau yang tidak bersimetri, iaitu R ¹ R’ (R ialah kumpulan alkil atau aril). |
| ketone | keton | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mengandungi kumpulan karbonil, C=O, yang terikat pada dua kumpulan alkil atau aril sebagai ciri utamanya, dan mempunyai formula am RCOR’ (R,R’ ialah kumpulan alkil atau aril). Keton yang paling ringkas ialah propanon, CH3COCH3. Keton biasanya disediakan secara pengoksidaan alkohol sekunder dan digunakan untuk membuat cat dan bahan letupan. |
| acyl-oxygen fission | pembelahan asil-oksigen | Kimia | Tiada | Pemutusan ikatan C-O dengan pola RC-O-R dengan R adalah gugus alkil. |
| alkyl halide | alkil halida | Kimia | Tiada | Sebatian organik, formula am RX (R ialah kumpulan alkil dan X kumpulan halogen), dan diperoleh daripada tindak balas langsung di antara alkana dengan halogen melaui penggunaan sinaran ultralembayung. Bagaimanapun, sebatian ini lazimnya diperoleh melalui tindak balas alkohol dengan pembawa halogen, seperti tionil klorida, SOCI2 dan fosforus triklorida, PCI3. Alkil halida digunakan sebagai bahan pemula dalam sintesis kimia. Misalnya, metil klorida (klorometana), CH3CI dan etil iodida (iodometana), C2H5I. Sin.haloalkana. |
| diazonium salt | garam diazonium | Kimia | Tiada | Garam yang disediakan daripada amina primer melalui tindakan asid nitrus, HNO2, dan mempunyai formula am RN2X (R ialah alkil atau aril dan X ialah ion negatif seperti CI-). Garam diazonium alkil tidak stabil manakala garam diazonium aril stabil pada suhu yang lebih rendah daripada 5oC. Garam diazonium digunakan untuk membuat bahan pewarna melalui tindak balas dengan sebatian fenol atau amina tertier aromatik. Misalnya, benzena diazonium klorida, C6H5-N2CI. |
| amine | amina | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal –NH2, -NH, atau –N- sebagai ciri utamanya, formula am RNH2, R2NH, atau R3N (R ialah alkil dan/atau aril), berbentuk gas atau cecair yang tidak berwarna, bau ciriannya seperti ikan busuk, dan jika larut di dalam air, membentuk bes lemah. Amina terbahagi kepada amina primer, RNH2, sekunder, R2Nh dan tertier, R3N. Dalam industri, sebatian jenis ini disediakan secara tindak balas ammonia dengan alkil halida. Amina primer bertindak balas dengan asid nitrus untuk membentuk sebatian diazo, dan amina digunakan dalam sintesis bahan organik lain. Misalnya, metilamina (aminometana), CH3NH2, dimetilamina (N-metilaminometana) (CH3)2NH dan trimetilamina (N,N-dimetilaminometana), (CH3)3N. |
| alcohol | alkohol | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan hidroksil, -OH, Sebagai ciri utamanya; kumpulan hidroksil ini terikat pada atom karbon yang bukan sebahagian daripada gelang aromatik dan mempunyai formula am R-OH (R ialah kumpulan alkil). Alkohol yang atom karbonnya kurang daripada lima berbentuk cecair, dan larut di dalam air; manakala yang atom karbonnya lima ataupun lebih berbentuk cecair atau pepejal, dan kurang larut di dalam air. Kumpulan sebatian ini disediakan secara penghidratan alkena. Pengelasan alkohol dibuat berdasarkan bilangan kumpulan hidroksil yang terdapat pada sesuatu sebatian (monohidrid, dihidrid, atau trihidrid) ataupun bilangan atom hidrogen yang terikat pada atom karbon yang mengandungi kumpulan hidroksil (primer, sekunder, atau tertier). Sebatian ini digunakan sebagai bahan api, pelarut dan bahan pemula bagi penyediaan sebatian organik lain. Lihat juga alkohol primer, alkohol sekunder, alkohol tertier. |
| ester | ester | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yanmg terbit daripada tindak balas asid karboksilik dengan alkohol (iaitu proses pengesteran0 dan mempunyai formula am RCOOR’(R dan/atau R’ sebagai kumpulan alkil atau aril). Misalnya, etil asetat, CH3COOC2H5 ialah ester bagi asid asetik, CH3COOH. Kebanyakan ester merupakan cecair yang berbau harum, mudah meruap dan tidak larut di dalam air, tetapi larut di dalam etanol dan eter. Ester dapat dihidrolisiskan menjadi asid dan alkohol asalnya. Sebatian ester juga wujud semula jadi di dalam gliserol dan asid lemak sebagai gliserida. Ester digunakan dalam pembuatan gentian, plastik, racun serangga, bahan perisa dan minyak wangi. |
| diacid | dwiasid | Kejuruteraan | Polimer | Asid yang boleh bertindak di kedua-dua hujungnya dan diwakili oleh formula HOOC-R-COOH, dengan COOH ialah kumpulan karboksil dan R sebarang kumpulan alkil. |