Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.sri] | تن

Definisi : gelaran utk orang yg menerima bintang Panglima Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota dr Yang di-Pertuan Agong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.sri] | تن

Definisi : gelaran bagi orang yg di­anugerahi bintang Panglima Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tan Sri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lusingandolusingandoMuzikTiada

 Gaya persembahan memujuk dan manis untuk memaparkan perwatakan muzik yang menggoda dan menawan. Contohnya, dalam lagu Getaran Jiwa oleh Tan Sri P. Ramlee.

samplingpensampelanTeknologi MaklumatTiadaProses penukaran isyarat dunia-nyata (data analog) kepada kod digital dalam sela masa tertentu. Contohnya diproses pensampelan isyarat suara dijalankan pada kadar 44.1kHz (kilo sampel per saat). Dalam muzik, tindakan mengambil sebahagian daripada bunyi rakaman dan menggunakannya semula sebagai instrumen atau elemen dalam rakaman yang baru. Tindakan ini dijalankan dengan menggunakan alat rakaman atau perisian komputer pada komputer digital. Misalnya kaedah ini digunakan oleh kumpulan KRU dalam rakaman semula lagu Getaran Jiwa ciptaan Tan Sri P. Ramlee. Menerusi kaedah ini, KRU seakan-akan berduet dengan Tan Sri P. Ramlee dalam lagu Getaran Jiwa yang diberi nafas baru oleh KRU. Lihat sampel.
estrangementpenganehanKesusasteraanTiadaStrategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut.
mimicrytiru bunyiKesusasteraanPuisiGaya penyair mengungkapkan perasaan bagi mencitrakan sesuatu, khususnya bunyi yang disebabkan oleh benda jatuh, pecah, bergeser, meletup atau bunyi daripada burung, alatan muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun bunyi yang dihasilkan dengan menggunakan wahana bahasa dalam sesebuah puisi itu hendaklah sama, lantaran terbatasnya keupayaan bahasa meniru sesuatu bunyi itu. A. Ghafar Ibrahim merupakan seorang penyair tanah air yang kerap meniru bunyi ini dalam puisi-puisinya terutama yang terkumpul dalam "Tak-tak-tun" dan "Tan Sri Bulan". Sinonim ajukan, onomatopia.

Kembali ke atas