| drop ornament | hiasan titis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perhiasan berbentuk titisan air dan mempunyai ukiran pelbagai warna. Hiasan titis biasanya dipasang secara tergantung, berayun dan berpusing secara bebas. Contohnya, gantungan hiasan yang dipasang pada pokok cemara ketika perayaan krismas. |
| ornamental fish | ikan hiasan | Pertanian | Agroteknologi | Ikan yang dipelihara untuk tujuan hiasan. Ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium berasaskan warna, bentuk badan dan ciri-ciri yang unik. Ikan hiasan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Contoh ikan hiasan termasuk arowana, ikan pelaga, ikan kap jepun dan ikan flowerhorn. Sinonim ikan akuarium. |
| Art Deco | Art Deco | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turu |
| decorative vegetable | sayur hias | Landskap | Tiada | Sayur yang mempunyai ciri-ciri kecantikan dari segi bentuk, saiz dan warna. Contohnya, kobis hiasan dan cili hiasan. Sinonim sayur dekoratif. |
| ornamental garden | taman hiasan | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang ditanam dengan tumbuh-tumbuhan hiasan dan mempunyai ciri-ciri hiasan dari segi bentuk, tekstur dan warna tumbuhan tersebut. |
| fastness | tahan luntur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pengekalan warna pada karpet atau bahan lain. Ketahanan biasanya merujuk kepada kesan dedahan pada sesuatu dalam keadaan tertentu. Contohnya, peralatan mewarna, fiber, jenis dan kaedah pewarnaan yang dilakukan biasanya memberikan kesan kepada keupayaan warna pada karpet dan fabrik untuk terus bertahan. |
| markah kecantikan | markah kecantikan | Kesenian | Tiada | Markah yang dikira daripada aspek daya cipta, bentuk, corak, hiasan dan warna semasa wau di bumi. |
| fading | pudar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kehilangan warna pada sesuatu benda (objek). Kepudaran ini disebabkan oleh kesan radiasi aktinik, seperti sinar matahari, cahaya elektrik dan gas atmosfera, seperti ozon, oksid nitrik, hidrogen sulfik, serta bahan cucian kimia, seperti sodium hipoklorit, produk isi rumah, dan produk industri. |
| pigment | pigmen | Perikanan | Akuakultur | Bahan berwarna yang terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan yang dikenali juga sebagai astaksantin. Pigmen digunakan dalam makanan ikan hiasan untuk menaikkan warna ikan supaya kelihatan menarik. Antara bahan pewarna tiruan yang digunakan dalam makanan ialah karotinoid yang diekstrak daripada bakteria atau lobak merah. Terdapat juga makanan hidup semula jadi yang digunakan untuk menaikkan warna ikan hiasan seperti ikan arowana, iaitu cengkerik dan lipan. |
| Batavianware | Tembikar Batavia | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang disalut atau dihiasi dengan warna coklat kekuningan (glasier plumbum) yang terdapat dalam pelbagai warna. Tembikar ini mempunyai hiasan pada badan sama ada di bawah atau di atas lapisan glasier. Tembikar ini wujud sekitar tahun 1662 -1722 Masihi pada zaman Kangxi. Tembikar ini dikenali dengan Batavianware kerana diperdagangkan dari Batavia (Jakarta) ke pasaran Belanda. |