| analytical platform | platform analitikal | Kesihatan Awam | Tiada | Medium yang membolehkan penyelidik saling berkongsi data-data kajian analitikal yang dapat membantu menangani sesuatu penyakit. |
| analytical marker | penanda analitikal | Herba | Tiada | Juzuk atau sekumpulan juzuk yang digunakan sebagai bahan rujukan analisis untuk menilai kualiti bahan mentah, sediaan atau produk sesuatu herba. Contohnya, sinensetin dalam misai kucing dan triterpena dalam pegaga. |
| affective relation | hubungan pengaruh | Perpustakaan | Tiada | Hubungan analitikal yang digunakan dalam kod semantik, yang mengatakan setiap konsep saling dipengaruhi oleh konsep yang lain. |
| gamma ray spectrometry | spektrometri sinar gama | Kimia | Tiada | Teknik analitikal yang melibatkan kegunaan sinar gama. |
| atomic absorption spectroscopy | spektroskopi serapan atom | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah analitikal menggunakan serapan cahaya untuk mengukur kepekatan unsur seperti kromium, plumbum dan arsenik dalam sampel cecair atau pepejal. Sampel perlu ditukar dari bentuk cecair atau pepejal kepada bentuk wap bagi membolehkan analisis dilaksanakan. |
| energy-dispersive X-ray spectroscopy (EDS) | spektroskopi sinar-X tenaga sebaran (EDS) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah analitikal yang digunakan bersama mikroskop pengimbasan elektron (SEM) untuk menganalisis komposisi unsur atau pencirian sifat kimia sampel. Ia mengesan sinar-X yang dipancarkan dari sampel semasa pembedilan oleh sinar elektron dari SEM bagi tujuan pencirian komposisi unsur atau pencirian sifat kimia yang terdapat pada sampel. Sinonim ). spektroskopi sinar- X sebaran tenaga (EDX). |
| expert system (ES) | sistem pakar (ES) | Teknologi Maklumat | Perisian | Sistem berdasarkan pengetahuan yang merupakan atur cara komputer yang mengandungi kemahiran pengetahuan dan analitikal yang mirip kepada kepakaran manusia bagi bidang tertentu. Contohnya, sistem nasihat cukai dan sistem penjagaan kesihatan yang dapat memberi cadangan berdasarkan input yang diberikan oleh pengguna sistem. |
| calibration | penentuukuran | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Kaedah untuk memastikan pengukuran sesuatu alat adalah tepat dengan menentusahkan nilai ukuran alat tersebut dengan piawaian. Contohnya, alat penimbang analitikal diuji untuk menentukan alat itu memberikan ukuran yang tepat. Berat piawai yang diketahui beratnya secara tepat digunakan dan sekiranya ukuran yang ditunjuk pada alat yang diuji tidak tepat, alat itu akan diperbetul. |