| potatoes Anna | kentang Anna | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kentang yang dihiris nipis dan diatur bertindih dalam mangkuk sebelum dibakar. |
| المؤنن | Ḥadīth mu’annan | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang diriwayatkan oleh perawi daripada gurunya dengan menggunakan lafaz ‘anna (ن). |
| opposing writer | penulis penentang | Kesusasteraan | Tiada | Penulis yang mempertikaikan ideologi politik dan budaya negara sendiri melalui karya mereka. Kebanyakan penulis berasal dari negara komunis seperti Boris Pasternak, Mikhail Zoshdrenko, Anna Akhmatova dan Alexander Solzhenitsyn dari Rusia, serta Vadav Havel dan Milan Kundera dari Czechoslovakia. Contoh penulis penentang di Asia Tenggara ialah Pramoedya Ananta Toer dan W. S. Rendra. Penulis lain ialah Taufik Ismail dari Indonesia melalui karyanya Malu Aku Menjadi Orang Indonesia. |
| theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir o |