| section aurea | bahagian keemasan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
| kayu masam | kayu masam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Aporusa spp daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bagil, galang-galang, dan penatan. Spesies utama kayu masam termasuk Aporusa aurea, A. elmeri dan A. grandistipulata. Gubal kayu ini agak sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, kerana kehadiran sel ruji yang lebar, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan keras. Kayu masam mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami cacat yang serius. Kayu ini digunakan untuk membuat perabot, kasau, dan hulu peralatan. |
| mengkulang | mengkulang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Heritiera spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jambu keluang dan melima;di Sabah ialah kambang; dan di Sarawak ialah melabu. Spesies utamanya termasuk Heritiera albiflora, H. aurea, dan H. borneensis. Gubal kayu mengkulang biasanya berwarna lebih muda, dan kurang berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikeringkan dan diawet, tetapi tidak berapa tahan apabila terdedah, dan mudah diserang kumbang Lyctus. Kayu ini sesuai digunakan untuk papan lapis, lantai, hiasan dalaman, dan perabot. |