| chicken stock | air rebusan ayam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaldu daripada ayam yang direbus. |
| hen hackle | bulu ayam betina | Perikanan | Tiada | Bulu daripada badan ayam betina yang digunakan untuk membuat umpan serangga tiruan. Bulu ayam betina biasanya lembut, lebar, cantik dan mudah terendam di dalam air. |
| white stock | kaldu putih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Air rebusan ayam, ikan atau anak lembu. |
| water intake | pengambilan air | Veterinar | Tiada | Jumlah air yang diperoleh oleh ternakan melalui minuman dan kandungan kelembapan di dalam makanan. Jumlah pengambilan air bergantung kepada jenis makanan yang dimakan, iklim dan tahap fisiologi ternakan. Dalam cuaca panas, haiwan akan mengeluarkan air lebih banyak melalui perpeluhan dan peruapan. Dalam keadaan ini, jumlah air yang diperlukan adalah tinggi. Selain itu, haiwan yang menghasilkan susu dan haiwan yang memakan konsentrat juga memerlukan jumlah air yang tinggi. Bagi ternakan seperti lembu dewasa, ia berkemungkinan memerlukan sehingga 50 liter air sehari manakala ayam dewasa pula memerlukan lebih kurang 200 ml air sehari. Biasanya, pada cuaca panas, haiwan memerlukan lebih banyak air sehingga 2-3 kali ganda daripada keperluan biasa untuk menampung keperluan harian. |
| slotted spoon | senduk lubang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senduk untuk mengangkat sayur-sayuran, kepingan daging, ayam atau ikan daripada air masakan. |
| perforated spoon | senduk jarang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senduk untuk mengangkat sayur-sayuran, kepingan daging, ayam atau ikan daripada air masakan. |
| boil | bisul; rebus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Rebus: Kaedah memasak makanan seperti telur, ikan, ayam dan daging dalam air yang mendidih. |
| boil | bisul; rebus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Rebus: Kaedah memasak makanan seperti telur, ikan, ayam dan daging dalam air yang mendidih. |
| Ardisia crispa | mata ayam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Myrsinaeae yang dikenali juga sebagai mata pelanduk dan mata itik. Mata ayam merupakan tumbuhan jenis renek. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips dan mempunyai tangkai daun berwarna kemerah-merahan semasa muda. Bunganya berwarna merah jambu. Buahnya kecil, berbentuk bulat dan berwarna hitam apabila masak. Tumbuhan ini hidup liar di hutan tanah pamah atau ditanam sebagai hiasan. Air rebusan daun diminum untuk mengubati sakit perut dan mengurangkan pengeluaran darah haid. Pucuknya dibuat ulam dan buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah. |
| feather bait | umpan bulu (I) | Perikanan | Tiada | Umpan tiruan yang diperbuat daripada bulu ayam. Umpan ini ringan dan mudah terapung di permukaan air. |