| compound pinnate | daun majmuk pinat | Botani | Tiada | Daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun sepanjang rakis. Daun ini terdiri daripada berbagai-bagai-bagai jenis, iaitu unipinat, bipinat dan tripinat. Contohnya, daun belimbing dan daun asam jawa. |
| differentiation | pembezaan | Matematik | Tiada | Proses mencari terbitan sesuatu fungsi, iaitu suatu operasi yang digunakan ke atas suatu fungsi f untuk menghasilkan suatu fungsi baru f’. Tatatanda yang digunakan untuk menyatakan proses ini mempunyai berbagai-bagai-bagai bentuk; antaranya yang dibaca sebagai terbitan f terhadap x. Lihat juga terbitan. |
| octadiene | oktadiena | Kimia | Biokimia | Sebatian hidrokabon jenis diena, iaitu mempunyai dua ikatan tak tepu yang wujud sebagai cecair tanpa warna dan tidak larut di dalam air. Sebatian ini terdapat di dalam berbagai-bagai-bagai isomer seperti ?, 7-oktadiena, CH2= CH(CH2)4 CH = Ch2 dan 2,6-oktadiena, CH3CH = CHCH2 CH2 CH=CHCH3. |
| penicillin | penisilin | Kimia | Biokimia | Kumpulan zat larut eter yang dihasilkan oleh spesies kulat Penicillium, dan mempunyai keupayaan tindakan pertumbuhan-perencatan melawan mikroorganisma. Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli yang mempunyai aktiviti antibakteria yang berbeza, dan digunakan dengan meluas dalam perawatan berbagai-bagai-bagai jangkitan. |
| high presure liquid chromatography | kromatografi cecair tekanan tinggi | Kimia | Biokimia | Teknik kromatografi turus yang menggunakan tekanan tinggi untuk mendorong pengaliran cecair eluen melalui turus, pengesan dan seterusnya pengumpul. Teknik ini mempunyai resolusi yang tinggi dan lebih cepat daripada teknik kromatografi biasa. Berbagai-bagai-bagai mod kromatografi cecair dapat digunakan dalam teknik ini, termasuk turasan gel, jerapan, sekatan dan pertukaran ion. Peralatan teknik ini terdiri daripada turus, sistem hidraulik, pengesan dan perakam. |
| high pressure liquid chromatography | kromatografi cecair tekanan tinggi | Kimia | Biokimia | Teknik kromatography turus yang menggunakan tekanan tinggi untuk mendorong pengaliran cecair eluen melalui turus, pengesan dan seterusnya pengumpul. Teknik ini mempunyai resolusi yang tinggi dan lebih cepat daripada teknik kromatografi biasa. Berbagai-bagai-bagai mod kromatografi cecair dapat digunakan dalam teknik ini, termasuk tugasan gel, jerapan, sekatan dan pertukaran ion. Peralatan teknik ini terdiri daripada turus, sistem hidraulik, ion. Peralatan teknik ini terdiri daripada turus, sistem hidraulik, pengesan dan perakam. |
| talipes | talipes | Perubatan | Tiada | Kaki yang cacat sejak lahir. Kecacatan ini ada berbagai-bagai bentuk, seperti yang ditunjukkan pada ilustrasi. Sin: kaki tombol |
| acetaldehyde | asetaldehid | Kimia | Biokimia | Sebatian perantara dalam degradasi karbohidrat. Sebatian ini digunakan dalam berbagai-bagai jenis tindak balas apabila berada dalam bentuk diaktifkan, seperti dalam penapaian alkohol. |
| Promotion of Investment Act 1986 | Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 | Ekonomi | Tiada | Akta ini memberi berbagai-bagai insentif untuk menggalakkan pelaburan dalam industri pembuatan, pertanian dan pelancongan, seperti insentif taraf perintis, elaun cukai pelaburan, potongan pendapatan eksport, elaun eksport dan potongan dua kali untuk promosi eksport. |
| climatological station | stesen klimatologi | Sains | Hidrometeorologi | Stesen tempat memperoleh data klimatologi. Data ini meliputi berbagai-bagai unsur, seperti cuaca, angin, keawanan, suhu, kelembapan, tekanan atmosfera, kerpasan, dan sinaran matahari. |