| factor model | model faktor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Model penilaian yang mengatakan nilai pelaburan bergantung kepada kepekaan pelaburan itu terhadap perubahan berbagai-bagai faktor ekonomi. |
| simile | perbandingan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana dan umpama. Contohnya, 'halus bagai jari-jari perawan' petikan daripada puisi "Pantaiku" karya Shamsuddin Jaafar. Sinonim simili. |
| anchor man | peneraju berita | Komunikasi | Tiada | Personaliti televisyen utama yang mempersembahkan berita yang turut dibantu oleh beberapa orang personaliti yang lain. Bahan berita yang disampaikan itu diperoleh dari berbagai-bagai sumber. |
| arbitrage pricing theory | teori penentuan harga arbitraj | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Model keseimbangan dalam penilaian aset yang menyatakan bahawa pulangan terjangka sesuatu sekuriti adalah fungsi linear terhadap kepekaan sekuriti itu kepada berbagai-bagai faktor. |
| peresteroika | perestroika | Sains Politik | Politik Perbandingan | Program penyusunan semula struktur ekonomi Soviet Union. Program ini dilancarkan secara rasmi oleh presiden negara tersebut Mikhael Gorbachev pada tahun l987. Makna sebenar program ini menimbulkan perdebatan tetapi secara umum ia mula membuka inisiatif untuk memperbaik sistem ekonomi Soviet Union tanpa menggugat kuasa parti komunis di negara itu. Sehubungan itu, berbagai-bagai langkah demokratik dibenarkan seperti membolehkan sistem pasaran ekonomi terbuka, pemilikan individu, penerimaan tuntutan orang ramai dan sebagainya. Program ini bertujuan mempercepat kemajuan ekonomi dan kedinamikan masyarakat. Idea kreatif orang ramai digalakkan, penonjolan penemuan sains dan teknologi baru untuk kesejahteraan masyarakat diketengahkan. Perubahan dasar ini telah mendorong kepada pelbagai tuntutan dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada keruntuhan sistem komunis di negara tersebut. |
| petroleum | petroleum | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatian hidrokarbon atau campuran berbagai-bagai sebatian hidrokarbon yang wujud secara semula jadi dalam batuan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas. Sebatian hidrokarbon itu berkisar daripada jenis yang berberat molekul rendah hingga kepada jenis yang beberat molekul tinggi; dan dari jenis hidrokarbon tepu hingga yang tak tepu. Sedikit unsur-unsur bukan logam seperti sulfur, oksigen dan nitrogen juga boleh ditemui dalam sebatian hidrokarbon tersebut. |
| assortment | pengisihan | Biologi | Genetik | 1. Kuasa yang mengakibatkan perubahan frekuensi alel dan genotip dalam sesuatu populasi. 2. Pengagihan rawak berbagai-bagai kombinasi gen ke dalam gamet, misalnya jika sesuatu organisma diploid itu mempunyai gen AaBb, empat jenis gamet akan dihasilkan dengan sama banyak, iaitu gamet yang mempunyai gen AB, Ab, aB dan ab. |
| microtubule | mikrotubul | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tiub atau sekumpulan tiub silinder di dalam sel eukariot yang bentuk dan ukurannya berbagai-bagai. Dinding tiub ini dibentuk daripada protein dan berfungsi sebagai struktur sokong yang membantu sel mengekalkan bentuknya sekiranya bentuknya itu tidak merupakan sebahagian struktur sentriol, jasad asas, silium dan flagelum, dan membentuk gelendong semasa pembahagian sel (meiosis), kemudian memulakan pergerakan kromosom. Mikrotubul juga membantu memandu arah kepada bahan di dalam sel, seperti fibril selulosa semasa proses pembentukan dinding sel tumbuh-tumbuhan. |
| social stratum | lapisan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan masyarakat yang berstrata atau berlapis-lapis. Setiap masyarakat mempunyai strata atau kelas yang berbagai-bagai seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kewujudan kelas yang pelbagai ini menjadikan masyarakat itu dilihat berlapis. Dalam masyarakat yang sebenar, pembahagian susun lapis lebih kompleks disebabkan oleh perkembangan industrialisasi dan modenisasi yang berlaku. Susun lapis masyarakat tradisional boleh dibahagi kepada dua strata iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Manakala bagi masyarakat moden, susun lapisnya terdiri daripada pelbagai kelas seperti kelas elit, bangsawan, aristokrat, kelas menengah atas, kelas menengah bawah, kelas peniaga, buruh dan petani. Sinonim penstrataan. |
| angular momentum | momentum sudut | Mekanik | Gunaan | Momen bagi momentum linear. Bagai zarah berjisim m dan bergerak dengan halaju v, magnitud momentum sudutnya di sekitar paksi yang mempunyai jarak serenjang d dari garis tindakan v ialah mvd. Bagi jasad yang mengalami gerakan satah dengan halaju pusat jisim vG dan halaju sudut w, magnitud momentum sudut di sekitar paksi yang melalui pusat jisimnya ialah IGw, dengan IG sebagai momen sifatekun jasad itu di sekitar paksi berkenaan. Momentum sudut jasad itu di sekitar sebarang titik yang jarak serenjangnya dari garis tindakan vG ialah d diberikan oleh ungkapan IGw + mvGd. Momentum sudut diukur dalam unit kg.m2.s-1 atau N.m.s. Simbol yang lazim digunakan untuk momentum sudut ialah H. Momentum sudut juga dinamai momen momentum. |